Cari Blog Ini

Isnin, 11 Mac 2013



INGATLAH SEMUA, DUNIA INI SEMENTARA

sedikit peringatan untuk kita petang ni....
semoga kita renung bersama yea

 BISMILLAHHIRRAHMANIRRAHIM

·         Bersihkanlah dirimu sebelum kamu dimandikan 
·         Berwudhu'lah kamu sebelum kamu diwudhu'kan.
·         Dan solatlah kamu sebelum kamu disolatkan
·         Tutuplah 'auratmu sebelum'auratmu ditutupkan
·         Dengan kain kafan yang serba putih 
·         Pada waktu itu tidak guna lagi bersedih walaupun orang yang hadir itu merintih
·         Selepas itu kamu akan diletak di atas lantai
·         Lalu dilaksanakanlah solat Jenazah 
·         Dengan empat kali takbir dan satu salam
·         Berserta Fatihah, selawat dan doa  sebagai memenuhi tuntutan Fardhu Kifayah
·         Tapi apakah empat kali takbir itu dapat menebus  segala dosa meninggalkan solat sepanjang hidup?
·         Apakah solat Jenazah yang tanpa rukuk dan sujud  dapat membayar hutang rukuk dan sujudmu yang telah luput?
·         Sungguh tertipulah dirimu jika beranggapan demikian 
·         Justeru kumenyeru sekelian Muslimin dan Muslimat
·         Usunglah dirimu ke tikar solat  Sebelum kamu diusung ke liang lahad
·         Menjadi makanan cacing dan makanan ulat Iringilah dirimu ke masjid
·         Sebelum kamu diiringi ke pusara 
·         Tangisilah dosa-dosamu di dunia
·         Kerana tangisan tidak berguna di alam baqa'
·         Sucikanlah dirimu sebelum kamu disucikan
·         Sedarlah kamu sebelum kamu disedarkan  D
·         Dengan panggilan 'Izrail yang menakutkan
·         Berimanlah kamu sebelum kamu ditalkinkan 
·         Kerana ianya berguna untuk yang tinggal
·         Bukan yang pergi
·         Beristighfarlah kamu sebelum kamu diistighfarkan
·         Namun ketika itu istighfar tidak menyelamatkan
·         Ingatlah di mana saja kamu berada
·         Kamu tetap memijak bumi Tuhan  dan dibumbungi dengan langit Tuhan
·         Serta menikmati rezeki Tuhan
·         Justeru bila Dia menyeru, sambutlah seruan-Nya
·         Sebelum Dia memanggilmu buat kali yang terakhirnya 
·         Ingatlah kamu dahulu hanya setitis air yang tidak bererti
·         Lalu menjadi segumpal darah 
·         Lalu menjadi seketul daging
·         Lalu daging itu membaluti tulang 
·         Lalu jadilah kamu insan yang mempunyai erti
·         Ingatlah asal usulmu yang tidak bernilai itu
·          Yang kalau jatuh ke tanah
·         Ayam tak patok itik tak sudu 
·         Tapi Allah mengangkatmu ke suatu mercu 






·         Yang lebih agung dari malaikat Lahirmu bukan untuk dunia
·         Tapi gunakanlah ia buat melayar bahtera akhirat  Sambutlah seruan 'Hayya 'alas Solaah'
·         Dengan penuh rela dan bersedia  Sambutlah seruan 'Hayya 'alal Falaah'
·         Jalan kemenangan akhirat dan dunia Ingatlah yang kekal ialah amal
·         Menjadi bekal sepanjang jalan  Menjadi teman di perjalanan
·         Guna kembali ke pangkuan Tuhan  Pada hari itu tiada berguna Harta, tahta dan putera

·         Isteri, kad kredit dan kereta  Kondominium, saham dan niaga

·         Kalau dahi tak mencecah sejadah di dunia .

Rebutlah 5 peluang ini sebelum 5 rintangan

Waktu kaya,sebelum miskin
Waktu senang sebelum sibuk
Waktu sihat sebelum sakit
Waktu muda sebelum tua
Waktu hidup sebelum mati
selamat bermuhasabah diri

Tiada ulasan:

Catat Ulasan