Cari Blog Ini

Khamis, 15 Ogos 2013

WAHAI ISTERI PELIHARALAH 10 SIFAT INI TERHADAP SUAMI...


http://hatiseorangsarah.blogspot.com/2012/09/siapakah-wanita-solehah.html


Assalamualaikum.w...
salam syawal pada semua.. hari ni ustaz nak luang masa sikit  d blog.. tuk kita ambil ilmu d sini tuk masa hadaoan,,, smoga bermanfaat. aamiin

Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.

Jadi budak bermaksud,jadi seorang yang manja,isteri yang memerlukan suami,jadi isteri yang menghormati suami.


Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.

✔ Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.

✔ Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.

✔ Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.

✔ Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.

✔ Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.

✔ Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.

✔ Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.

✔ Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.

✔ Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan ALLAH akan memberkatimu.

Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:

✔ Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah ALLAH.

✔ Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ALLAH.

CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.



Berikut ini adalah ciri-cirinya :

1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.


2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.

3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).

4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.

5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).

6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)

7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.

8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.

9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.

10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.

11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.

(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)

Ya ALLAH... Bantulah isteri2 yang membaca artikel ini agar menjadi isteri yang demikian. Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.

Aamin Ya Rabbal Alamin...