Cari Blog Ini

Jumaat, 8 Mac 2013

Jom sahabat... Amalkan doa rabithah tiap kali kita berdoa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t 
                       
                   Titipan dari ana...

Ana admin baru di blog Musafir Cinta Agung ( M.S.A) .. Amanah dari Akhi Hafizul Kalamullah untuk mengimarahkan blog M.S.A dengan tazkirah..dan dakwah sesama kita...  Insya ALLAH ana akan cuba yang terbaik... Mohon dipermudahkan segala urusan dakwah kita semua...  doakan ana ye... (^_^)


Sahabat2 pernah tak mendengar bingkisan Doa Rabitah ?
jika sahabat2 selalu mengamalkan Zikir2 Al-Ma'thurat ..pasti ada membaca bingkisan2 doa rabitah (permulaannya.. Allahumma Innaka Ta'lam annahazihil Qulub.......)

Ana sekadar berkongsi dengan sahabat2 semua... bahawa Doa Rabitah ini sgt2 bagus diamalkan untuk mengeratkan silaturrahim diantara keluarga dan sahabat2 semua... menguatkan lagi ikatan ukhuwah yang renggang jika ada..memohon pada ALLAH agar dipelihara hati2 kita supaya tidak berpaling dari mengingati ALLAH....

Dan khas untuk kita semua sebagai pejuang2 islam... Moga dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk berdakwah dan berjuang demi islam ...


Insya ALLAH Ana sentiasa amalkan zikir al-ma'thurat dan Doa Rabitah khususnya... Setiap kali ana baca doa rabitah..ana akan membayangkan wajah2 orang kesayangan ana... ( abah ana, arwah mak, adik beradik, keluarga dan sahabt2 kesayangan ana).. Insya ALLAH..kesan daripada doa tersebut tidaklah sekelip mata meninggalkan kesan.... Tetapi Insya ALLAH , akan ditunjukkan oleh ALLAH sedikit demi sedikit.. ) (^_^)

Di slot tazkirah ini... ana nak titipkan Doa Rabitah berserta maksud doa rabitah untuk tatapan sahabat2 semua... Insya ALLAH..jika boleh diamalkan... kita cuba amalkan bersama2 ye..



DOA RABITAH ( didalam naskhah Zikir Al-Ma'thurat)  
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

 

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

 

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
 
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Setakat ini entri dari Ana...  Moga sama2 kita hayati dan amalkan maksud doa ini... In Shaa ALLAH.. Beramal Kerana ALLAH

 "Asmiirs Hasmah"

4 ulasan: