Cari Blog Ini

Jumaat, 23 November 2012


SEKADAR RENUNGAN

♥ Wang RM10 begitu besar bila

dibawa ke
tabung amal masjid, tapi begitu
kecil bila kita
bawa ke supermarket.

♥ 45 minit terasa terlalu lama
untuk berzikir tapi
betapa pendeknya
waktu itu untuk pertandingan
bolasepak.
♥ Betapa lamanya 2 jam
berada di Masjid, tapi
betapa cepatnya 2 jam berlalu
saat menikmati
pemutaran filem di panggung
wayang.
♥ Susah merangkai kata untuk
dipanjatkan ketika


berdoa atau sembahyang, tapi
betapa
mudahnya mencari bahan
percakapan bila
bertemu teman-teman.
♥ Betapa happynya bila
menonton bola sepak
yang agak lama, tapi betapa
bosannya bila
imam solat jika terlalu lama
bacaannya.
♥ Susah sangat baca Al-Quran
1 juzuk sahaja,
tapi novel best-seller 100
halaman pun habis
dilalap.
♥ Orang berebut-rebut untuk
kedepan apabila
menonton konsert atau
pertandingan bola
sepak, dan berebut cari saf
paling belakang
bila sembahyang supaya dapat
keluar cepat.
♥ Susahnya orang mengajak
untuk berdakwah,
tapi mudahnya orang
menyebar gossip.
♥ Kita begitu percaya pada
yang dikatakan Surat
Khabar, tapi kita sering
mempersoalkan apa
yang dikatakan Al-Quran.
♥ Semua orang ingin masuk
syurga tanpa harus
beriman, berfikir, berbicara
atau pun
melakukan apa-apa.
♥ Kita boleh post ribuan lawak
tapi bila post
yang berkaitan dengan ibadah
mesti berfikir 2X.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan