Cari Blog Ini

Khamis, 8 November 2012



CHECKLIST AMALAN HARI JUMAAT:

✔ Banyakkan selawat ke atas Junjungan mulia Rasulullah S.A.W.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Sesungguhnya sebaik-baik hari ialah hari Jumaat, maka perbanyakkanlah selawat ke atas ku pada hari tersebut. Sesungguhnya selawat kalian akan diperlihatkan kepadaku.” - Hadith Riwayat Abu Dawud.

✔ Membaca Surah Al-Kahfi.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Barangsiapa yang membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat akan diberikan cahaya baginya di antara dua Jumaat.” - Hadith Riwayat An-Nasa’ie, Al-Baihaqi dan Al-Hakim.

✔ Mandi sunat hari jumaat bagi mereka yang akan menunaikan solat jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Disunnahkan mandi pada hari Jumaat.” - Hadith Riwayat Bukhari.

✔ Memperbanyakkan berdoa sepanjang hari jumaat.

Sabda Rasulullah S.A.W: “Pada hari (Jumaat) itu terdapat suatu masa di mana seorang hamba (mu'min) apabila meminta (berdoa) kepada Allah sesuatu kebaikan melainkan Allah memakbulkan doanya atau ia meminta Allah melindunginya daripada sesuatu kejahatan melainkan Allah melindunginya daripada kejahatan.” - Hadith Riwayat At-Tirmidzi.

✔ Memperbanyakkan membaca Al-Quran.

✔ Memperbanyakkan sedeqah.

✔ Memperbanyakkan amalan sunat.

✔ Memotong kuku kaki dan tangan.

✔ Memperbanyakkan zikrullah.

✔ Memakai pakaian sunnah.

✔ Memakai wangi-wangian.

✔ Hadir awal ke masjid.

Daripada Abu Hurairah R.A, bahawa Rasulullah S.A.W bersabda: “Barangsiapa yang mandi pada hari Jumaat serupa mandi junub, kemudian berpagi-pagi ia pergi ke tempat Jumaat, pahalanya sama seperti berkorban seekor unta gemuk, dan yang pergi pada jam kedua, pahalanya sama seperti berkorban seekor sapi, dan yang pergi jam ketiga, pahalanya sama seperti berkorban seekor domba, dan yang pergi jam keempat, pahalanya sama seperti berkorban seekor ayam, dan yang pergi pada jam kelima, pahalanya sama seperti berkorban sebiji telur, maka apabila datang imam, datanglah pula Malaikat-malaikat untuk mendengarkan khutbah.” - Hadith Riwayat Muslim~


Tiada ulasan:

Catat Ulasan