Cari Blog Ini

Ahad, 10 Mac 2013

Nilai Tudung Muslimah

Duhai Ukhti Kesayanganku hayatilah "NILAI TUDUNG SEORANG MUSLIMAH"


Assalamualaikum sahabat2 semua... harini ana ingin berkongsi dengan sahabat tentang "nilai tudung muslimah". Jika kita perhatikan keadaan wanita2 islam sekarang pelbagai bentuk fesyen yang dikatakan menutup aurat tetapi hakikatnya tidak.

Ana dapat lihat sekarang ini pelbagai jenis tudung yang dijual kepada wanita islam.... ada juga yang menjual tudung tetapi jenis turban dimana hanya menutup bahagian kepala sahaja. ada juga yang menjual tudung tetapi masya ALLAH singkat sehingga di paras atas dada.. Ini bagi yang menjual... Kita lihat pula bagaiman dengan si pemakai...  Memakai tudung tetapi ada bonggol pula diatas kepala... ALLAH!!!!!!!! 

"Ya ALLAH...Berikanlah Kami semua hidayah untuk menutup aurat kami semua dengan  sempurna mengikut syariat Islam...Pimpin tangan kami Ya ALLAH menuju jalan redhaMU."




Surah Al-Ahzab : 59

يَا أَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا {59}  

Maksudnya : Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta perempuan-perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik-baik) maka dengan itu mereka tidak diganggu dan (ingatlah) Allah adalah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani”. (Surah Al-Ahzab ayat 59)
Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki. Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita. Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. 
Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini. Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab. Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung? Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya. Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi. Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka. Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain.

Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain. Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah. Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian. Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri. Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati. Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah.  


Ana harap kita semua dapat memperoleh manfaat dengan menghayati nilai tudung yang kita pakai sekarang.... (^_o) .. Mudah2an ALLAH pelihara iman kita supaya kita mampu menikmati Manisnya IMAN & ISLAM... Insya ALLAH... 

Salam Perjuangan dari ana .. Beramal kerana ALLAH ( ^_^) (",) 

~~~ Asmiirs Hasmah~~~


AKIBAT DERHAKA KEPADA IBU ! Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Luqman Haqim menceritakan, pada zaman dahulu ada seorang pemuda yang baik budi pekerti, tinggi ilmu dan amalannya tidak boleh disangkal lagi.. Ibunya amat berbanggga mempunyai seorang anak sepertinya yang sering menjadi perbualan orang dimana sahaja. Pada suatu hari si anak bercadang untuk ke Mekah bagi menambah ilmu pengetahuan kerana merasakan ilmu yang dimiliki belum mencukupi.. Dengan berat hati dan disertai linangan air mata si ibu berkata,"Wahai anakku, engkaulah mutiara hatiku, ibu akan menderita jika engkau meneruskan niatmu itu.Ibu sudah tua dan tak sanggup berpisah dengan mu apatah lagi engkau akan bertahun lamanya disana.. Ibu harap kamu batalkan saja niatmu itu." rayu ibunya. Pemuda itu berasa amat kecewa dengan kata-kata ibunya namun semangatnya untuk menuntut ilmu agama sedikit pun tidak luntur, malah dia tetap bertekad pada keesokan harinya setelah solat subuh dia tetap akan berangkat, dia sedikit pun tidak menghirau rayuan ibunya. Kini tinggallah si ibu keseorangan, hatinya begitu sakit diatas perbuatan anaknya.. Si ibu merintih pilu,"Ya Allah, Sesungguhnya anakku telah membakar hatiku dengan pemergiannya.. Maka engkaku turunkanlah seksa kepada anakku Ya Allah." Si ibu sentiasa berdoa seperti itu setiap kali selesai solat. Si anak telah sampai ke Mekah dan sedang giat menuntut ilmu dan beribadat.. Pada suatu malam berlakulah suatu musibah menimpa dirinya.. Pada waktu itu ada seorang pencuri memasuki rumah seorang saudagar yang kaya namun disedari oleh saudagar tersebut lalu pencuri itu lintang-pukang lari menyelamatkan diri.. Oleh kerana terlalu panik si pencuri memasuki sebuah masjid bagi tujuan menyelamatkan dirinya yang sedang dikejar oleh tuan rumah, sebaik memasuki ruang masjid dia terpandang seorang pemuda sedang khusyuk berzikir.. Sebagai helah menyelamatkan diri si pencuri berteriak,"Pencuri! Pencuri!".. Mendengar teriakan itu tuan ruamah meluru ke masjid lalu menangkap pemuda yang leka berzikir dan dibawa mengadap raja.. Tanpa sebarang soal selidik dan membuat pertimbangan sewajarnya si raja menjatuhkan hukuman ke atas pemuda itu dengan memotong kaki dan tangan serta kedua biji matanya dicungkil.. Setelah menerima hukuman dengan hati yang tenang, si raja memerintahkan agar pemuda tersebut diarak dikhalayak ramai.. Di sepanjang perjalanan, pegawai-pegawai raja berteriak kepada orang ramai,"Inilah akibatnya kalau cuba mencuri barang orang!" Sewaktu perarakan itu sampai ke sebuah pasar si pemuda berkata pada pegawai raja,"Wahai pegawai, usahlah engkau berkata sedemikian rupa sebaliknya katakanlah, Inilah balasannya jika derhaka pada ibu" Para pegawai tercengang mendengar saranan pemuda tersebut.. Hati mereka ragu-ragu, apakah ucapan pemuda itu betul atau berpura-pura.Akhirnya para pegawai mengambil keputusan untuk menyiasat latar belakang pemuda tersebut dan didapati pemuda itu bukanlah pencuri sebenar dan benarlah ucapan pemuda tersebut.. Dengan perasaan belas dan kasihan para pegawai raja membebaskan pemuda tersebut dan dihantar pulang ke rumah ibunya. Ketika sampai pegawai raja terus meninggalkan pemuda itu dihadapan pintu rumahnya.. Keadaan pemuda itu yang cacat menyebabkan dia tidak dapat berbuat apa-apa kecuali memanggil dari luar.. Dia terdengar ibunya berdoa dari dalam rumah, "Ya Allah, apabila telah turun cubaan kepada anakku, kembalikanlah dia kerumah ini supaya aku dapat melihatnya" Air matanya bercucuran kerana tidak tertahan mendengar doa dari ibunya, lantas dia berpura-pura menjadi pengemis. "Ya tuan, berilah hamba sedekah" "Datanglah ke sini," Balas suara dari dalam. "Bagaimana saya hendak masuk sedangkan saya tidak mempunyai kaki" "Kalau begitu hulurkan tanganmu," balas si ibu yang masih belum menyedari pengemis itu adalah anaknya "Tuan, maafkanlah saya kerana saya juga tidak mempunyai tangan,"balas si anak. "Lantas bagaimana dapat aku memberi kamu makanan sedangkan aku bukan muhrammu" "Tuan jangan bimbang kerna kedua mata saya telah buta," jawab anaknya. Ibunya yang masih belum mengetahui yang diluar itu adalah anaknya terpaksa keluar dengan membawa sekeping roti untuk disuapkan ke mulut anaknya.. Sebaik sahaja roti itu hendak disuapkan, si pemuda itu terus merebahkan dirinya kepangkuan ibunya sambil menangis. "Ibu...maafkanlah saya ibu.. Sebenarnya saya adalah anak ibu yang telah mengalami nasib sebegini rupa akibat ingkar dari perintah ibu.. Saya telah berdosa dan harap ibu dapatlah mengampuni segala dosa saya ini, maafkanlah saya ibu!" Setelah dia mengetahui bahawa itu adalah anaknya, si ibu memeluk dan menangis sepuas-puasnya kerana melihatkan penderitaan anaknya.. Oleh kerana tidak tertahan melihat penderitaan anaknya si ibu sekali lagi berdoa,"Ya Allah, Ya Tuhanku, saksikanlah bahawa semua kesalahan dan dosa anakku telah ku ampuni.. Tetapi seksa anakku sungguh mengerikan dan aku tidak sampai hati melihat keadaan anakku yang cacat sedemikian rupa.. Ya Tuhanku, Kau akhirilah hidup ku bersama anakku agar kami tidak menanggung malu." Dengan kehendak dan kekuasaan Allah SWT, sekali lagi doa ibu itu dimakbulkan.. Akhirnya dia bersama anaknya mati bersama-sama.. Begitulah nasib anak yang tidak menuruti perintah orang tua dan orang tua yang tidak redha di dalam mencari ilmu.. Itulah sebuah kisah menyayat hati dimana seorang ibu tidak redha akan pemergian anaknya menuntut ilmu.. Jika si anak yang pergi menuntut ilmu menerima padah sedemikian dari ALLAH, bagaimana pula kita yang meninggikan suara bila berkata dengan ibu kita atau ada yang terlebih ganas memukul, sepak terajang ibunya laksana bola....NAUZUBILLAH Dan pada para ibu berhatilah dengan kata-katamu terhadap anakmu kerna kata-kata itu adalah satu doa dan doa seorang ibu sentiasa dimakbulkan ALLAH... Moga kita tidak tergolong dalam golongan orang yang rugi..


 

 
SEMERBAK IMAN MASYITA

Assalamualaikum.w
Pagi ni Ustaz nak crita sal iman seorang wanita yg terkenal ..
semoaga wanita skg dapat sedikit ikhtibar dr artikel ni...
dan blh mmperkukuhkan iman mlawan keadaan dunia skg yg merbahaya
sungguh ustaz da x nampak keselamatan wanita d luar sana... kiri kanan depan blakang bahaya tuk mereka.
hanya iman di dada yg mampu menjaga mereka. semoga Allah memelihara mereka dan kita semua.


Bercakap fasal iman, khususnya tentang kehebatan iman Masyita, tukang sisir rambut anak Firaun. Firaun menjadi sombong dan angkuh kerana kebesaran empayarnya dan kehebatan pengaruhnya di kalangan rakyat Mesir. Dia mengaku sebagai tuhan yang agung dan memusuhi sesiapa saja yang bertuhankan selain dirinya. Malahan dia akan membunuh mereka yang tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.
Assalamualaikum.w
Pagi ni Ustaz nak crita sal iman seorang wanita yg terkenal ..
semoaga wanita skg dapat sedikit ikhtibar dr artikel ni...
dan blh mmperkukuhkan iman mlawan keadaan dunia skg yg merbahaya
sungguh ustaz da nampak keselamatan wanita d luar sana... kiri kanan depan blakang bahaya tuk mereka.
hanya iman di dada yg mampu menjaga mereka. semoga Allah memalehara mereka dan kita semua.


Masyita walaupun bekerja di istana Firaun, namun di dalam hati kecilnya tetap bertuhankan Allah yang Maha Berkuasa dan Dialah juga yang menjadikan segala makhluk di muka bumi ini termasuk Firaun yang mengaku dirinya sebagai Tuhan. Kepercayaan ini dirahsiakannya supaya tidak diketahui oleh Firaun dan sekutunya.

Pada suatu hari, sedang dia menyisir rambut anak Firaun, sikat di tangannya terjatuh. Masyita terlatah dan berkata "Mampus Firaun! " Apabila anak Firaun mendengar kata-kata penghinaan terhadap bapanya, dia berkata, "Kenapa kau berkata begitu terhadap bapaku? Adakah tuhan lain selain bapaku?" "Memang benar! Tuhanku dan tuhan bapamu ialah Allah." Mendengar kata-kata itu, anak Firaun menjadi marah. "Baik kamu bertaubat, kalau tidak aku akan beritahu bapaku." Masyita bertegas dan mengatakan, "Pergilah kau beritahu bapa kau. Aku tetap dengan pendirianku bahawa tuhan yang sebenarnya ialah Allah."

Sebaik saja Firaun diberitahu oleh anaknya tentang Masyita, dia menjadi murka dan memanggil Masyita. Dia bertanya sama ada benar apa yang dikatakan oleh anaknya itu. Masyita tetap mengatakan Tuhannya ialah Allah. Firaun mengugut untuk membunuh Masyita dan keluarganya sekiranya dia tidak mengubah pendiriannya.

Keesokannya keluarga Masyita dibawa ke satu tempat lapang, berhadapan dengan sebuah kawah besar yang berisi dengan minyak yang sangat panas. Firaun hendak memasukkan kesemua keluarga Masyita termasuk anaknya yang masih kecil ke dalam minyak panas sekiranya Masyita tidak mengaku Firaun sebagai tuhan.

Keimanan Masyita tidak luntur meskipun berhadapan dengan ancaman maut. Melihatkan iman Masyita yang tidak berganjak, Firaun menyuruh askarnya mencampakkan keluarga Masyita seorang demi seorang ke dalam kawah yang besar itu. Apabila sampai giliran anaknya yang kecil, perasaan Masyita menjadi belas dan sebak. Hati siapa tidak sedih melihatkan anak yang disayangi akan dilontar ke dalam kawah yang membuak-buak dengan minyak panas. Masyita meminta supaya dia dicampakkan dulu sebagai ganti kepada anaknya. Tiba-tiba dengan kuasa Tuhan, anaknya yang kecil itu membuka mulut dan berkata, "Ibu, jangan bersedih. Teruskan! Biarkan saya dicampak ke dalam kawah itu."


Masyita dan orang-orang di sekeliling terperanjat melihat seorang bayi boleh berkata-kata. Mendengar kata-kata anaknya itu, Masyita menjadi semakin yakin dan tabah. Dia menghulurkan anaknya untuk dicampakkan ke dalam kawah. Tanpa belas kesihan askar Firaun terus melontarkan anak Masyita ke dalam minyak panas. Selepas itu barulah Masyita dibawa ke tepi kawah yang panas itu lalu dicampakkan ke dalamnya.

Demikianlah hebatnya Masyita mempertahankan kebenaran aqidah sehingga dia dan keluarganya terkorban dibunuh oleh Firaun. Keberanian seorang wanita memperjuangkan kebenaran dan keimanan ini dirakam dan diingati setiap tahun oleh seluruh manusia. Dalam peristiwa Israk Mikraj, Nabi sampai di satu tempat yang sangat harum. Malaikat Jibril menerangkan bahawa tempat itu ialah tempat bersemadinya Masyita dan keluarganya. Awas! Mana-mana pemimpin yang bongkak dan mengaku kehebatannya sebagai pemimpin, takbur, sombong dan berlagak sebagai superman yang kuku besi, nyatalah ciri-ciri Firaun yang terkutuk itu sudah diwarisinya. Nauzubillah!
Duhai wanita yg sygi semua
 sygi.. perkukuhkan la iman mu. sekuku kukuhnya...
sekarang suda tiada firaun.. 
namun berhati2 la dgn nafsu itu..
jaga iman taqwa aklak maruah pakaian pgaulan, 
jgn keluar malam jgn jalan sorang2
dunia x kejam..
 tp yg kejam pghuninya...


sungguh Rasulullah berkata... 
bahawa ahli neraka itu ramai dr kalangan wanita...

dan ustz x nak kmu salah satunya
khusus yg mmbaca artikel ustaz ni

smoga Allah Pelihara Kita Semua
Aamiin Ya Rabbal Alamin


Sabtu, 9 Mac 2013


 
 
MENGAPA RIDHO SUAMI ITU ADALAH SYURGA BAGIMU WAHAI PARA ISTERI,,


BismillahiRRahmaaniRRahiim,,,,
,
Hari ni ustaz nk kecek sikit knp istri ni redonya ada pd suami....
maksudnya... lau suami marah Allah pun marah pd wanita tu
kalau suami suke dan redo.. maka Allah pun redo pd wanita tu...
tp.... biarla perbuatan redo suami tu kne pd syarak.

mulanya macam ni...
Suamimu dibesarkan oleh ibu yang mencintainya seumur hidup. Namun ketika dia dewasa, dia memilih mencintaimu yang bahkan belum tentu mencintainya seumur hidupmu, bahkan sering kala rasa cintanya padamu lebih besar daripada cintanya kepada ibunya sendiri.
selain dari itu...
Suamimu dibesarkan sebagai lelaki yang ditanggung nafkahnya oleh ayah dan ibunya hingga dia beranjak dewasa. Namun sebelum dia mampu membalasnya, dia telah bertekad menanggung nafkahmu, perempuan asing yang baru saja dikenalnya dan hanya terikat dengan akad nikah tanpa ikatan rahim seperti ayah dan ibunya.


bukan wanita itu yang membesarkannya... tetapi..
Suamimu ridha menghabiskan waktunya untuk mencukupi kebutuhan anak2mu serta dirimu. Padahal dia tahu, di sisi Allah, engkau lebih harus di hormati tiga kali lebih besar oleh anak2mu dibandingkan dirinya. Namun tidak pernah sekalipun dia merasa iri, disebabkan dia mencintaimu dan berharap engkau memang mendapatkan yang lebih baik daripadanya di sisi Allah.


banyak masalah lelaki bila da berumah tangga... tetapi....
Suamimu berusaha menutupi masalahnya dihadapanmu dan berusaha menyelesaikannya sendiri. Sedangkan engkau terbiasa mengadukan masalahmu pada dia dengan harapan dia mampu memberi solusi. padahal bisa saja disaat engkau mengadu itu, dia sedang memiliki masalah yang lebih besar.Namun tetap saja masalahmu diutamakan dibandingkan masalah yang dihadapi sendiri.


sungguh suami itu menyayangi mu... kerna...
Suamimu berusaha memahami bahasa diammu, bahasa tangisanmu. sedangkan engkau kadang hanya mampu memahami bahasa verbalnya saja. Itupun bila dia telah mengulanginya berkali-kali.

duahai wanita.. peliharala dan sayangila suami mu... kerna...
Bila engkau melakukan maksiat, maka dia akan ikut terseret ke neraka, karena dia ikut bertanggung jawab akan maksiatmu. Namun bila dia bermaksiat, kamu tidak akan pernah di tuntut ke neraka.Kerana apa yang dilakukan olehnya adalah hal2 yang harus dipertanggung jawabkannya sendiri...

nanti ada masa ustaz cite sikit amalan apa yg perlu kita buat d uma besama istri dan anak2.. ^___^

Pesan ustaz.. pelajari ilmu rumah tangga
agar hidup aman bahagia..

Jumaat, 8 Mac 2013

Jom sahabat... Amalkan doa rabithah tiap kali kita berdoa..

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum w.b.t 
                       
                   Titipan dari ana...

Ana admin baru di blog Musafir Cinta Agung ( M.S.A) .. Amanah dari Akhi Hafizul Kalamullah untuk mengimarahkan blog M.S.A dengan tazkirah..dan dakwah sesama kita...  Insya ALLAH ana akan cuba yang terbaik... Mohon dipermudahkan segala urusan dakwah kita semua...  doakan ana ye... (^_^)


Sahabat2 pernah tak mendengar bingkisan Doa Rabitah ?
jika sahabat2 selalu mengamalkan Zikir2 Al-Ma'thurat ..pasti ada membaca bingkisan2 doa rabitah (permulaannya.. Allahumma Innaka Ta'lam annahazihil Qulub.......)

Ana sekadar berkongsi dengan sahabat2 semua... bahawa Doa Rabitah ini sgt2 bagus diamalkan untuk mengeratkan silaturrahim diantara keluarga dan sahabat2 semua... menguatkan lagi ikatan ukhuwah yang renggang jika ada..memohon pada ALLAH agar dipelihara hati2 kita supaya tidak berpaling dari mengingati ALLAH....

Dan khas untuk kita semua sebagai pejuang2 islam... Moga dipermudahkan dan dikuatkan hati untuk berdakwah dan berjuang demi islam ...


Insya ALLAH Ana sentiasa amalkan zikir al-ma'thurat dan Doa Rabitah khususnya... Setiap kali ana baca doa rabitah..ana akan membayangkan wajah2 orang kesayangan ana... ( abah ana, arwah mak, adik beradik, keluarga dan sahabt2 kesayangan ana).. Insya ALLAH..kesan daripada doa tersebut tidaklah sekelip mata meninggalkan kesan.... Tetapi Insya ALLAH , akan ditunjukkan oleh ALLAH sedikit demi sedikit.. ) (^_^)

Di slot tazkirah ini... ana nak titipkan Doa Rabitah berserta maksud doa rabitah untuk tatapan sahabat2 semua... Insya ALLAH..jika boleh diamalkan... kita cuba amalkan bersama2 ye..



DOA RABITAH ( didalam naskhah Zikir Al-Ma'thurat)  
Ya Allah Engkau mengetahui bahawa..
hati-hati ini telah berkumpul kerana mengasihi Mu
Bertemu untuk mematuhi perintah Mu
Bersatu memikul beban dakwah Mu
Hati-hati ini telah mengikat janji setia..
untuk mendaulat dan menyokong syariatMu

 

Maka eratkan lah ya Allah akan ikatannya
Kekalkan kemesraan antara hati-hati ini
Tunjukkanlah kepada hati-hati ini..
akan jalannya yang sebenar
Penuhkanlah piala hati ini..
dengan limpahan iman, keyakinan dan keindahan tawakkal kepada Mu
Hidup suburkanlah hati-hati ini..
dengan makrifat, pengetahuan sebenar tentangMu

 

Jika Engkau mentakdirkan mati
Maka matikanlah pemilik hati-hati ini..
sebagai para syuhada' dlm perjuangan agama Mu
 
Engkau lah sebaik-baik sandaran..
dan sebaik-baik penolong ya Allah
Perkenankanlah permintaan ini
Amin ya rabbal A'alamin..



Setakat ini entri dari Ana...  Moga sama2 kita hayati dan amalkan maksud doa ini... In Shaa ALLAH.. Beramal Kerana ALLAH

 "Asmiirs Hasmah"



ASSALAMUALAIKUM.W

lama da x layan bloger.. walau xde yg jenguk2.. tp minat sampaikan ilmu d alam maya ni ade..
smoga yg baca dapat amal dan ikhtibar.. paling penting sampaikan..
dapat juga ustaz saham akhirat yg berjalan kan3.

emm nak gtau.. kadang2 ade d antara kita yg selalu mimipi buruk x,,,
contohnya kne kejar haiwan buas, mimpi gangguan makhluk halus, atau pun makhluk x halus.
^__^ xpun sekitar kita ada yg dengki dgn kita... dan takut2 terkena buatan2 mreka

maka sedikit tips ustz nak pesan moga terpelihara dr benda2 ni..

petama kne ambil wuduk jgn malas


Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa tidur dimalam hari dalam keadaan suci (berwudhu') maka Malaikat akan tetap mengikuti, lalu ketika ia bangun niscaya Malaikat itu akan berucap 'Ya Allah ampunilah hamba mu si fulan, kerana ia tidur di malam hari dalam keadaan selalu suci'". (HR Ibnu Hibban dari Ibnu Umar r.a.)
"Apabila engkau hendak mendatangi pembaringan (tidur), maka hendaklah berwudhu terlebih dahulu sebagaimana wudhumu untuk melakukan shalat." (HR. Bukahri dan Muslim
).



emmm...
panjang pula jdnya...
intinya hanya amalkan sabda ni

Sunnah Rasulullah : Aisyah r.ha. meriwayatkan:

“Setiap kali hendak tidur pada malam hari, Rasulullah Shalallahu ‘alaihi wasalam selalu menadahkan kedua tapak tangan sambil membaca Surah al-Ikhlas, al-Falaq dan an-Nas kemudian Baginda meniup kedua-dua tapak tangan tersebut. Setelah itu, Baginda menyapu bahagian tubuh yang terjangkau, dimulai dari kepala, wajah lalu bahagian depan tubuh Baginda. Hal itu Baginda lakukan sebanyak tiga kali.”

(Riwayat Tarmizi, Abu Daud, Ibnu Majah, Nasa’i dan Ahmad)

amaln pendinding yg Rasulullah saw amalkan
jom amal bersama2

nanti ada masa ustaz buat artikel adab tdo yea






Assalamualaikum.w
hari ni ustaz nak bg sedikit cara untuk kita mengkhatamkan alquran sebulan sekali dan dua bulan sekali..
caranya seperti ini....


cara khatam alquran 30 juzuk

untuk yang nak khatam sebulan sekali...
baca dua helai tiap fardhu

subuh...2 helai
zohor... 2 helai
asar...2 helai
magrib...2 helai
isyak...2 helai

satu hari sama dgn satu juzuk
kalau 30 hari sama dgn 30juzuk


emm.. cara kdua yg low sikit..
bg kita yg lemah sikit nak mgaji dua helai...
kita guna cara ni.....

cara untuk khatam alquran 30juzuk
untuk yang nak khatam dua bulan sekali
baca satu helai untuk satu fardhu....

subuh ... 1 helai
zohor ... 1 helai
asar ... 1 helai
magrib ... 1 helai
isyak ... 1 helai

dua hari samadgn satu juzuk
60hari samadgn 30juzuk.
..

tp kita jgn lupa untuk membaca surah2 amalan
seperti YASIN, ALMULK, SAJJADAH, AL-WAQIAH, DAN AR RAHMAN
PD waktu yang di amalkan oleh BAGINDA SAW



selamat beramal
(pesanan ustaz mentah)