Cari Blog Ini

Rabu, 5 Disember 2012


8 SEBAB KENAPA WANITA TAK KAHWIN-KAHWIN

1.  Belum sampai jodoh
- “Kalau ada jodoh, tak ke mana”. Mesti anda dah biasa sgt dengar ayat nie kan, lebih2 lagi dari golongan yang lebih tua.  Semua orang mempunyai jodohnya sendiri, walau di mana pun mereka berada. Kalu jodoh mereka kuat, “Asam di darat, ikan di dalam kuali pun bleh bertemu!”:-   ) So, it’s safe to say that salah satu sebab nape wanita tak kawin2 ialah   kerana mereka ‘belum bertemu jodoh’.

2. Terlalu memilih
- Dulu lain, skrg lain. Dulu, anak2 gadis belasan tahun dah dijodohkan awal2 oleh mak bapak mereka. Si gadis pun tak membantah dengan pilihan mak bapak. Lain pulak dengan wanita zaman moden nie. Fikiran dah maju, katakan dan wanita sudah pandai pilih calon suami yang elok untuk mereka. Tak kisah nak memilih pun… asalkan tak TERLALU memilih. Nie tak, nak tunggu lelaki yang ada harta dan pangkat je untuk datang meminang, si ‘Average Joe’ (lelaki biasa) langsung tak dipandangnya…:-) Cuba lihat sekeiling anda… jika ada jejaka ‘nerd‘ atau ‘geek‘ yg ala-ala Clark Kent gitu… trylah tackle mereka yer… Tak mustahil jika merekalah ‘Super Hero‘ yg anda cari2 selama nie …:-)

3.  Takut dapat suami yang tak baik 
- Nie mungkin menjadi fobia bagi kebanyakan wanita – takut dapat lelaki yang tak baik perangainya. Sememangnya semua wanita mengidamkan suami mithali. Tapi kalu nak cari yang btl2 100% perfect tue memangla susah, kan? Dalam sejuta mungkin takde lagi. Skrg nie pun kalu baca paper, tiap2 hari ada jer kes suami curang, suami dera isteri, suami bunuh isteri pun ader….hishhh… camne wanita tak takut? Memang logik gak la kan kalu ada wanita tak mau kawin sbb takut dapat suami yang mukanya macam mamat di bawah nie…

4.  Pernah putus cinta
- bagi mereka yang pernah putus cinta, you all memang tau camna seksa dan deritanya jiwa raga korang masa tu, kan? Kengkadang, perasaan nie la yg akan menghalang seseorang tue daripada fall in love again. Pada mereka, kalu tak cinta, maka tak deritalah jiwa mereka. Enggan mengulangi kesilapan yang sama, mereka nie rela membujang sampai ke tua…

5.  Tak mau dikongkong
- Kebanyakan wanita sekarang nie suka bebas dan tak suka dikongkong.  Mereka rase jika mereka kahwin, kebebasan mereka akan jadi terbatas. Nak keluar kena mintak kebenaran suami, nak kijer sampai lewat malam pulak kesian kat anak dan suami di rumah, dsb. lagi lah. Sibuknya

6.  Pentingkan kerjaya/karier
- Kadang2, kerjaya pun boleh menyebabkan seseorang wanita itu lupa untuk mendirikan rumahtangga. Jika dibandingkan dengan zaman tok nenek kita dulu, sesetengah wanita zaman moden nie sudah bleh ‘mengalahkan’lelaki   dalam melakukan apa2 kijer.  Cayalah…! Justeru ada yg lebih mengejar karier/kerjaya daripada lelaki :-) Mungkin gak mereka fikir nak kumpul harta dan tolong famili dulu, and then baru pikir nak settle down. Tapi biasala kan, masa tak   tunggu kiter. Pejam celik, pejam celik, tengok umur dah masuk lewat 30-an atau 40++ dah…  So, wanita berkerjaya (yg belum kawin), renung2 kanlah yer….

7.  Pilihan hati mendapat bantahan keluarga
- Apabila hal nie berlaku, kesudahannya, si gadis sudah tawar hati untuk membina mahligai rumahtangga. Mungkin mereka fikir jika tak dapat kawin dengan calon pilihan hati, baik toksah kawin langsung. Jangan terkejut pulak kerana perkara camnie memang ada berlaku.

8.  Kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki
- Sebenarnya, ramai wanita yang kecewa dengan sikap kebanyakan lelaki la nie. Nak tau sikap aper? Apa lagi kalu bukan sikap mereka yg suka pandang kecantikan semata-mata. Ramai wanita di luar sana yg mungkin tak cantik di luar, tapi kebaikan hatinya mak aii… bleh kalahkan beratus-ratus Ratu Cantik Dunia:-) But, sadly to say, most men tak nampak itu semua. So, mungkin gak wanita yang berasa kecewa nie dah jadi malas daa nak pikir pasal kawin. Kalu kawin pun, takut laki akan cari yg lain pulak…yang ada ‘rupa’.  So, baik toksah kawin langsung…





KEWAJIPAN SUAMI


1.      Berbuat baik kepada isteri.

2.      Tidak membenci isteri.

3.      Tidak bersikap terlalu tegas agar isteri mematuhi kemahuannya.

4.      Tidak harus menyerang atau memukul isteri yang boleh menimbulkan rasa pahit.

5.      Meluangkan masa berhibur, bersukan dan berlumba dengan isteri.

6.      Suami harus melarang orang lain campur tangan dalam hal ehwal rumah tangga dan mengintip rahsia perhubungan batin mereka berdua.

7.      Menyediakan keperluan makanan, pakaian dan tempat tinggal.

8.      Suami harus membelanjakan sesuatu untuk isteri, yang dianggap sedekah.

9.      Memberi pelajaran kepada isteri dari segi prinsip asas islam dan perkara asas mengenai kesihatan dan kebersihan.

10.  Suami perlu memenuhi syarat perkahwinan, yakni membayar mas kahwin, jika tidak isteri boleh menolak hak perkahwinan suami.

11.  Jika beristeri lebih, layanan dan masa hendaklah dibahagi sama adil.


12.  Suami mesti menganggap isteri sebagai teman hidupnya, penyelamat perbuatannya yang tidak bermaruah dan tempat penglipur lara kala kesedihan.
 

DAN BANYAK LAGI





99 PETUA TAWAN HATI SUAMI

Semua petua yg tentera dibawah ini adalah dari pakar motivasi popular Dr Haji Mohd Fadzilah Kamsah..beliau menggariskan 99 petua menawan hati suami yg boleh dipraktikkan isteri dan bakal isteri.Petua tersebut ialah :

1)   Berdoa agar disayangi.

2)   Tegur dan sentuh suami sebelum sambung perkara lain bila dia balik kerumah.

3)   Tunjukkan keprihatinan dgn bertanya secara khusus mengenai kegiatan sepanjang hari  (jika suami dlm mood yg sesuai).

4)Berlatih mendengar dgn baik dan bertanya dgn tepat.

5)Jgn tergesa-gesa menyelesaikan masalah suami. Apa yg lebih penting adalah simpati.


6)Beri suami masa berkualiti sekurang-kuranya 30 minit.

7)Tanya ibu mentua,abang atau kakak ipar mengenai hadiah disukai suami dan belikan hadiah tersebut sebagai cenderahati atau semasa memujuk.

8)Masak makanan kegemaran suami.

9)Beri pujian mengenai penampilan suami seperti rambut,wajah,pakaian dan sebagainya.

10)Pujuk suami bila dia marah atau berkecil hati.

11)Minta bantuan sesuai pada masa,tempat dan jenis kerjenya.

12)Elakkan suami daripada menunggu terlalu lama bila bersiap.

13)Bila suami memberitahu yg dia akan pulang lewat,ucapkan terimakasih kerana memberitahu.

14)Bila suami meminta bantuan,buatlah dgn serta-merta dgn ikhlas dan gembira tanpa banyak mengungkit atau komen.

15)Ucapkan kata-kata sayang yg romantik dua kali sehari.

16)Jika marah, tunggu hingga sejuk.Bila sudah sejuk,beritahu suami apa yg menganggu fikiran secara sopan.Jgn salahkan suami.

17)Bila suami bercakap,beri perhatian sepenuhnya. Jika boleh hentikan apa sahaja tugas yg sedang dilakukan.

18)Bila memesan barang kpd suami yg kekedai,senaraikan diatas kertas. Jgn biarkan suami ke kedai dua tiga kali.

19)Tanya suami bila dia ingin berehat atau tidur.

20)Peluk suami dgn penuh kasih sayang sebanyak tujuh kali sehari.

21)Telefon suami ditempat kerja hanya bila penting.Telefon dgn kerap jika suami suka.

22)Jika suami perlu menjauhkan diri sekali-sekala,tanya bila dia pulang.

23)Jgn ganggu suami semasa asyik melakukan sesuatu.

24)Bila suami marah,jgn menjawab. Tunduk dan diam walaupun kita tidak salah. Terangkan keadaan sebenar setelah dia tenang.

25)Bila meminta batuan suami: Terangkan kpd suami mengenai kerje rumah yg memerlukan bantuannya. Beri pilihan kerje yg disukainya. Jgn suka mengarah. Gunakan perkataan yg sesuai dan lemah- lembut.

26)Pesan suami menelefon rumah jika bertugas luar. Jgn pula melenting jika dia tidak berbuat demikian. Beritahu dia yg anda cuma risau.

27)Sentiasa kemas,anggun dan wangi sebelum tidur bersama.

28)Sokong pendapat suami walaupun pendapatnya berbeza dgn org lain.

29)Bila keluar berkereta: Jgn ganggu suami yg sedang memandu. Jgn menunjuk-nunjuk jalan selagi tidak dipinta suami. Jgn berleter bila suami tersalah jalan. Bersangka baik apabila tersesat jalan.

30)Peluk dan belai suami sekali-sekala tanpa impian seksual.

31)Sabar dan tenang bila mendengar cerita atau masalah suami.

32)Jgn menukar-nukar saluran televisyen bila menonton bersama suami.

33)Jaga maruah suami terutama di khalayak ramai dan ikut kehendaknya. Segala bantahan dilakukan semasa berdua-duaan.

34)Bila berpegang tangan,peganglah bagaimana disukainya.

35)Buatkan minuman suami tanpa diminta atau bertanya.

36)Beri suami peluang memilih tempat makan bila makan diluar.

37)Cepat bersiap dan jgn tiba-tiba ingin menukar baju yg dipakai.

38)Tanya suami bagaimana kita perlu berkelakuan dikhalayak ramai apabila disisinya.

39)Lebihkan suami daripada anak-anak.

40)Belikan suami hadiah-hadiah yg berguna seperti tali pinggang,kasut,cermin mata hitam, dan sebagainya.

41)Tolong suami mencuci kereta,potong rambut dan sebagainya.

42)Beri layanan istimewa pd suami dihari-hari istimewa.

43)Pergi dating atau berbulan madu.

44)Jika suami melakukan kesilapan,jgn tempelak atau pulangkan paku buah keras.

45)Hantar kad ucap selamat pd hari-hari istimewa.

46)Selalu urut suami.

47)Tunjukkan keprihatinan terhadap perasaan suami.

48)Suami akan lebih bersemangat dan bertanggungjawab bila dia terasa diperlukan isteri.Isteri perlu mempamerkan bahawa dia benar-benar memerlukan suaminya.

49)Layan suami seperti semasa berkawan dulu.

50)Beri peluang suami memperbaiki barang rosak di rumah walaupun kita tahu dia tidak mahir.

51)Menghias tempat tidur macam tempat tidur pengantin.

52)Ceritakan mengenai kerenah lucu anak-anak kepadanya.

53)Bacakan berita yg menarik perhatian suami atau buat keratan berita kesukaannya daripada suratkhabar atau majalah.

54)Tolong temankan suami bila dia melakukan kerja bersendirian waktu malam.

55)Letakkan barang-barang keperluan suami ditempat biasa.

56)Tolong bawakan barang-barang walaupun suami mampu membawanya semua.

57)Cuba masak masakan paling sedap utk suami setiap masa. Jgn paksa suami komen jika dia hanya berdiam diri.

58)Bila berbual,bercakap atau berbincang: Gunakan hubungan mata. Gunakan gerak rasa hati. Pegang erat tangannya.
Duduk rapat-rapat. Baring bersama dan bernafas serentak. Ajak atau biar suami berbaring atas paha jika dia mahu.

59)Jgn dera suami fizikal dan batin.

60)Tunjukkan minat mengenai perkara yg dilakukan suami,org yg ditemui dan sebagainya.

61)Beri tindak balas positif jika suami bercerita.

62)Jika suami kurang sihat, beri perhatian sewajarnya.

63)Masuk tidur serentak dgn suami.Jika kita ingin tidur dulu,minta kebenaran suami.

64)Salam,peluk,cium dan belai suami sebelum pergi kerja.

65)Ketawa bila suami belawak atau bercerita kisah lucu.

66)Ucapkan terima kasih atas setiap khidmat suami.

67)Cari masa utk berdua-duaan.

68)Lakukan riadah bersama suami.

69)Pergi berkelah sekali-sekala.

70)Doakan suami agar bahagia dunia akhirat (dlm pengetahuannya atau tidak).

71)Ajak suami berjalan-jalan tanpa anak-anak.

72)Berikan apa yg dihajati suami.

73)Nyatakan anda merinduinya bila berjauhan.

74)BUat kuih kegemaran suami sekali-sekala.

75)Lakukan ibadah bersama.

76)Jgn menghukum suami jika dia mengecewakan isteri tanpa sengaja.

77)Maafkan suami jika dia terlupa melakukan sesuatu utk isteri.

78)Segera minta maaf jika kita melukakan hati suami.

79)Cuba fahami suami jika dia membangkang atau enggan membantu isteri.

80)Bila suami meminta maaf,terima dgn kasih sayang.Jgn jual mahal.Ingat kebanyakkan suami sukar meminta maaf daripada isteri.

81)Tunjukkan keseronokan bila berjimak dgn suami.

82)Tunjukkan simpati dan tolong suami mencari barang yg dia lupa dimana letaknya.

83)Nyatakan dgn lemah lembut kpd suami jika kita tidak menyukai pilihan baju,tempat makan,lauk pauk,tempat bercuti dan sebagainya.

84)Berkongsi perasaan negatif dgn suami secara terbuka tanpa menyalahkannya.

85)Jgn menyuruh suami melakukan sesuatu yg sememangnya ingin dilakukannya.Ini akan menyebabkan suami tawar hati.

86)Elakkan memberi penjelasan mengenai sesuatu terlalu panjang.Suami sering melenting bila isteri bersyarah panjang. Penjelasan panjang lebar menunjukkan seolah-olah isteri tidak mempercayai suami.

87)Elakkan daripada membuat suami berasa tidak mampu,tidak layak atau tidak berkebolehan.

88)Kebanyakkan suami rasa seronok dan selesa sekadar duduk bersama isteri.Justeru itu jgn berkecil hati jika suami kurang melayani anda bercakap.Kebanyakkan suami memang kurang bercakap dgn isteri.

89)Jgn cabar suami.

90)Bila berselisih faham,berkrisis atau bertengkar dgn suami, fokus pd masalah semasa dan jgn ungkit perkara lalu.

91)Jgn suka mengenang rekod lama suami dan melabelnya berdasarkan rekod tersebut.

92)Jgn ingkar mengenai apa yg telah dipersetujui.Suami akan berkecil hati bila isteri menyatakan persetujuan tetapi tidak bertindak mengikut apa yg dipersetujui.

93)Banyak suami berasa janggal can malu menyatakan sayang pd isteri.Oleh itu isteri perlu 'membaca' perlakuan suami yg menunjukkan kasih sayangnya kpd isteri.Jangan paksa suami menyatakan perasaan sayang,rindu atau cinta kpd isteri.Hanya 'suami bermasalah' sahaja tidak sayangkan isteri.

94)Isteri mempunyai kelebihan dlm memahami suami.Fahami hakikat kebanyakkan suami menghadapi kesukaran memahami isteri.

95)Cemburu tanda sayang.Namun jgn terlalu cemburu terhadap suami kerana dia akan merasa rimas dan serba salah.

96)Utk merangsang suami mempamerkan kasih sayang, puji setiap kali dia menunjukkan kasih sayangnya.

97)Elakkan memberi nasihat jika tidak diminta.Isteri meminta nasihat utk bermanja tetapi bila suami meminta nasihat dia beranggapan itu satu kelemahan.

98)Apabila suami berkata atau berbuat sesuatu yg menyakiti hati,adalah lebih baik mencari kepastian daripada membuat kesimpulan sendiri yg mungkin salah.

99)Doa dan tawakal kpd ALLAH semoga hidup kita suami bahagia dunia akhirat.
SELAMAT MENCUBA PARA ISTRI -_____- BY HAFIZUL 





10 PERINGKAT MENJADI ORANG BERIMAN



1.      Tidaklah hamba dilangit dan dibumi tergolong hamba yang beriman, sehingga dia berlaku lembut terhadap manusia .

2.      Tidaklah dia termasuk orang yang lembut, sehingga dia menjadi seorang muslim .

3.      Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga orang lain selamat dari(gangguan) tangan dan lidahnya .

4.      Tidaklah dia termasuk seorang muslim, sehingga dia menjadi orang yang alim .

5.      Tidaklah dia termasuk orang alim, sehingga dia mengamalkan ilmu nya .

6.      Tidaklah dia termasuk orang yang mengamalkan ilmunya, sehingga dia menjadi hamba yang zahid .

7.      Tidaklah dia termasuk hamba yang zahid, sehingga dia menjadi hamba yang warak .

8.      Tidaklah dia menjadi hamba yang warak sehingga dia menjadi hamba yang merendahkan dirinya .

9.      Tidaklah dia tergolong hamba yang merendahkan dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang mengenal dirinya .

10.  Tidaklah dia tergolong hamba yang mengenal dirinya, sehingga dia menjadi hamba yang berakal dalam percakapannya . (Mafhum hadis Rasulullah s.a.w)


7 MACAM PAHALA YANG DAPAT DINIKMATI SELEPAS MATI

Dari Anas r.a. berkata bahawa ada tujuh macam pahala yang dapat diterima seseorang itu selepas matinya.

1.  Sesiapa yang mendirikan masjid maka ia tetap pahalanya selagi masjid itu digunakan oleh orang untuk beramal ibadat di dalamnya.

2.  Sesiapa yang mengalirkan air sungai selagi ada orang yang minum daripadanya.

3.  Sesiapa yang menulis mushaf ia akan mendapat pahala selagi ada orang yang membacanya

4.  Orang yang menggali perigi selagi ada orang yang menggunakannya.

5.  Sesiapa yang menanam tanam-tanaman selagi ada yang memakannya baik dari manusia atau burung.

6.  Mereka yang mengajarkan ilmu yang berguna selama ia diamalkan oleh orang yang mempelajarinya.

7.  Orang yang meninggalkan anak yang soleh yang mana ianya selalu mendoakan kedua orang tuanya dan beristighfar baginya.

8.  Yakni anak yang selalu diajari ilmu Al-Qur'an maka orang yang mengajarnya akan mendapat pahala selagi anak itu mengamalkan ajaran-ajarannya tanpa mengurangi pahala anak itu sendiri.

Abu Hurairah r.a. berkata, Rasulullah S.A.W. telah bersabda : "Apabila telah mati anak Adam itu, maka terhentilah amalnya melainkan tiga macam :

1. Sedekah yang berjalan terus (Sedekah Amal Jariah).
2. Ilmu yang berguna dan diamalkan.
3. Anak yang soleh yang mendoakan baik baginya. "

Selasa, 4 Disember 2012



CANTIK DI PANDANGAN SI LELAKI SOLEH

Aku bangga menjadi Muslimah,disaat yang lain bangga menjadi wanita Modern.


Aku bangga Jilbabku menjuntai kedada,disaat yang lain bangga mengikuti Mode,Aku bangga menjadi pengurus kerohanian islam Disaat yg lain lena,Aku tak peduli dgn anggapan sok suci
Karna aku tahu apa yg lakukan.

Awalnya aku tidak percaya diri….Dengan pakaian muslimah yang tertutup rapi….Teman-teman berkata aku tidak trendy…..Tapi Abi berkata aku cantik begitupun Ummi…..

Wahai Kawan yg bermimpi sanjungan……Cantik buKanlah buka-bukaan….Cantik bukan selalu berdandan….Dan Cantik bukan berarti seorang pujaan….

Kuulurkanan jilbabku hingga terasa damai dihatiku…
kulonggarkan pakaianku sehingga tertutup bentuk tubuhku…
kulakukan itu semua demi cintaku pada Rabbi-ku..
Dan kuberbisik dalam hatiku,semoga engkau bahagia melihatku..

Andai semua orang memahami…Cantik ...
lahir bukanlah Ukuran…..Tapi Cantik hati sebagai muslimah dan memikat semua Orang….Dan terutama budi pekerti seperti yg Rasul Contohkan…..

MaKa Saudariku Peliharalah AURAT……..

Tidak akan tertutup dgn berperangai yg BAIK,
tidak akan tertutup dgn sifat LEMAH LEMBUT,
tidak akan tertutup dgn kata-kata yg BAIK,
tetapi hanya akan tertutup dengan PAKAIAN yg SEMPURNA.

Beautiful muslim girl Bangga menjadi muslimah

Mudah-Mudahan AKHLAK dibalik pakaian tadi lebih INDAH dari pada
pakaiannya…Aamiin ya Rabbal'alamin…..Jangan lupa Tutup Aurat ya…..saudariku muslimah



‎... JIKA SEORANG ISTRI MENANGIS ...

Bismillahir-Rahmanir-Rahim ...

Jika seorang istri menangis dihadapanmu,
Itu berarti dia tak dapat menahannya lagi.
“Hargai lah ia sebelum terlewat…”

Jika kamu memegang tangannya saat dia menangis,
Dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu...

Jika kamu membiarkannya pergi,
Dia tidak akan pernah kembali lagi menjadi dirinya yang dulu.
Selamanya….

Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah,
Kecuali di depan orang yang amat dia sayangi, 
Dia menjadi lemah.

Seorang istri tidak akan menangis dengan mudah,
Hanya jika dia sangat menyayangimu, 
Dia akan menurunkan rasa egoisnya.

Lelaki, jika seorang istri pernah menangis karena mu,
Tolong pegang tangannya dengan pengertian,
Dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu.

Lelaki, jika seorang istri menangis karenamu,
Tolong jangan menyia-nyiakannya,
Mungkin karena keputusanmu, kau merusak kehidupannya.

Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis karenamu,
Lihatlah matanya…
Dapatkah kau lihat dan rasakan sakit yang dirasakannya?

Pikirkan….
Istri mana lagikah yang akan menangis dengan murni, penuh rasa sayang,
Didepanmu dan karenamu…

Dia menangis bukan karena dia lemah,
Dia menangis bukan karena dia menginginkan simpati atau rasa kasihan...

Dia menangis,
Karena menangis dengan diam-diam,
tidaklah memungkinkan lagi ...

Lelaki,
Pikirkanlah tentang hal itu ...

Jika seorang istri menangisi hatinya untukmu,
Dan semuanya karena dirimu...

Inilah waktunya untuk melihat apa yang telah kau lakukan untuknya,
Hanya kau yang tahu jawabannya…

Tapi dia sering dilupakan oleh suami karena satu hal…
Bahawa “Betapa berharganya dia”…

Pertimbangkanlah...

Karena suatu hari nanti
Mungkin akan terlambat untuk menyesal,
Mungkin akan terlambat untuk bilang ‘MAAF’ !!!