Cari Blog Ini
Sabtu, 28 September 2013
3 TANDA SESEORANG MENCINTAIMU DENGAN TULUS
assalamualaikum.pagi ni ustaz nk sembang. jom baca
1. Orang yang mencintai kamu selau ingin tau tentang
apa saja yang kamu lalui sepanjang hari ini, ia ingin
tau kegiatan kamu.
2. Orang yang mencintai kamu selalu menerima kamu
apa adanya, dimatanya kamu selalu yang tercantik/
tertampan walaupun mungkin kamu merasa berat
badan kamu sudah berlebihan atau kamu merasa
kegemukan .
3. Orang yang mencintai kamu tidak pernah bisa
memberikan alasan kenapa ia mencintai kamu, yang ia
tahu dimatanya hanya ada kamu satu²nya.
Yang Pasti siapa yang Like dan Share status ini
admin do'akan, Semoga dapat Jodoh yang Sangat Setia
dan Sakinah Mawaddah warohmah.. Aamiin
Khamis, 15 Ogos 2013
WAHAI ISTERI PELIHARALAH 10 SIFAT INI TERHADAP SUAMI...
Assalamualaikum.w...salam syawal pada semua.. hari ni ustaz nak luang masa sikit d blog.. tuk kita ambil ilmu d sini tuk masa hadaoan,,, smoga bermanfaat. aamiin
Wahai puteriku, Sesungguhnya engkau akan meninggalkan rumah tempat kamu dilahirkan dan kehidupan yang telah membesarkanmu untuk berpindah kepada seorang lelaki yang belum kamu kenal dan teman hidup yang baru. Kerana itu, jadilah 'budak' wanita baginya, tentu dia juga akan menjadi 'budak' bagimu serta menjadi pendampingmu yang setia.
Jadi budak bermaksud,jadi seorang yang manja,isteri yang memerlukan suami,jadi isteri yang menghormati suami.
Peliharalah sepuluh sifat ini terhadapnya, tentu ia akan menjadi perbendaharaan yang baik untukmu.
✔ Pertama dan kedua, berkhidmat dengan rasa puas serta taat dengan baik kepadanya.
✔ Ketiga dan keempat, memerhatikan tempat pandangan matanya dan bau yang diciumnya. Jangan sampai matanya memandang yang buruk daripadamu dan jangan sampai dia mencium kecuali yang harum daripadamu.
✔ Kelima dan keenam, memerhatikan waktu tidur dan waktu makannya, kerana lapar yang berlarutan dan tidur yang terganggu dapat menimbulkan rasa marah.
✔ Ketujuh dan kelapan, menjaga hartanya dan memelihara kehormatan serta keluarganya. Perkara pokok dalam masalah harta adalah membuat anggaran dan perkara pokok dalam keluarga adalah pengurusan yang baik.
✔ Kesembilan dan kesepuluh, jangan membangkang perintahnya dan jangan membuka rahsianya. Apabila kamu tidak mentaati perintahnya, bererti kamu melukai hatinya. Apabila kamu membuka rahsianya kamu tidak akan aman daripada pengkhianatannya.
✔ Kemudian janganlah kamu bergembira di hadapannya ketika dia bersedih atau bersedih di hadapannya ketika dia bergembira.
✔ Jadilah kamu orang yang sangat menghormatinya, tentu dia akan sangat memuliakanmu.
✔ Jadilah kamu orang yang selalu sepakat dengannya, tentu dia akan sangat belas kasihan dan sayang kepadamu.
✔ Ketahuilah, sesungguhnya kamu tidak akan dapat apa yang kamu inginkan sehingga kamu mendahulukan keredaannya daripada keredaanmu, dan mendahulukan kesenangannya daripada kesenanganmu, baik dalam hal yang kamu sukai atau yang kamu benci dan ALLAH akan memberkatimu.
Nasihat di atas seharusnya diterima dengan beberapa asas penting:
✔ Suami yang dicari adalah suami yang beriman lagi taat kepada perintah ALLAH.
✔ Ketaatan kepada suami adalah wajib dengan syarat beliau tidak melakukan perkara yang bertentangan dengan syariat ALLAH.
CIRI ISTERI YANG DEKAT DENGAN SYURGA.

Berikut ini adalah ciri-cirinya :
1. Seorang Isteri yang menyedari dan menerima dengan ikhlas bahwa laki-laki (suami) adalah pemimpin kaum wanita.
2. Seorang Isteri yang menyedari bahwa kedudukan suami itu satu tingkat lebih tinggi jika dibandingkan dengan isteri.
3. Seorang Isteri yang selalu taat dan penuh hormat kepada suami selama bukan diajak dalam hal kemaksiatan (durhaka kepada ALLAH).
4. Seorang Isteri yang tetap berpegang teguh menjaga kehormatan dirinya dan yang tidak mahu keluar rumah dengan seenaknya sendiri tanpa izin suami.
5. Seorang Isteri yang selalu memenuhi keinginan suami dalam nafkah batin (kecuali dengan suatu alasan yang kuat terpaksa menolaknya).
6. Seorang Isteri yang selalu mendahulukan kepentingan suami dibanding urusan yang lain.Termasuk kepentingan orang tua sekalipun. (Terkecuali mendapat izin dari suami)
7. Seorang Isteri yang selalu menjaga kehormatan dirinya jika suami tidak ada di rumah.
8. Seorang Isteri yang pandai menjaga harta suami (tidak boros) dan juga menjaga kehormatan suami baik saat ada ataupun sedang tidak di rumah.
9. Seorang Isteri yang senantiasa berusaha mempercantik dirinya ketika berada depan suami.
10. Seorang Isteri yang selalu menyenangkan hati suami dengan raut wajah yang tampak berseri. Murah senyum agar Si suami merasa tenteram hatinya.
11. Seorang isteri yang tidak suka berdandan berlebihan agar tampak cantik oleh lelaki lain.
(Dikutip dari Buku : Petunjuk Sunnah dan Adab Sehari-hari - H.A. Abdurrahman Ahmad)
Ya ALLAH... Bantulah isteri2 yang membaca artikel ini agar menjadi isteri yang demikian. Menjadi isteri yang selalu taat kepada suami... Yang pada akhirnya akan berbuah redha-Mu.
Aamin Ya Rabbal Alamin...
Ahad, 7 Julai 2013
RAMADHAN UJIAN IMAN UMAT ISLAM
Sabda Rasulullah bermaksud: "Telah datang kepadamu bulan Ramadan, penghulu segala bulan. Selamat datanglah kepadanya. Bulan puasa datang dengan pelbagai berkat. Alangkah mulianya tamu yang datang itu." (HR At-Thabrani) Umat Islam yang masih dikurniakan Allah dengan nikmat kesihatan dan dipanjangkan usia patut benar bersyukur kepada-Nya kerana dapat lagi menikmati suasana dan keberkatan bulan Ramadan 1421H ini, terutama untuk melaksanakan amalan puasa dengan sempurna dan sebaik-baiknya.
Golongan yang bersungguh-sungguh beriman sudah tentu sangat gembira dengan kehadiran bulan ini yang penuh dengan pelbagai keberkatan dan keampunan yang munculnya hanya sekali dalam setahun.
Rasulullah s.a.w. ada menjelaskan mengenai balasan kepada mereka yang berasa amat sukacita dengan kedatangan Ramadan, iaitu dengan sabdanya bermaksud: "Sesiapa yang bergembira dengan datangnya bulan Ramadan, maka Allah mengharamkan jasadnya masuk ke dalam semua pintu neraka." (HR Baihaqy dan Ibnu Majah)
Kegembiraan menyambut Ramadan dan mengerjakan amalan puasa itu bertambah lagi apabila mengingati segala dosa orang yang melaksanakan puasa (tentunya jika dengan benar-benar ikhlas) akan diampuni oleh Allah, baik yang telah lalu mahupun yang akan datang, iaitu sekiranya puasa itu ditunaikan dengan sempurna dan penuh penghayatan, sebagaimana sabda Nabi s.a.w. bermaksud: "Sesiapa yang berpuasa pada bulan Ramadan kerana iman dan mengharap pahala Allah, diampunkan dosanya yang lalu dan yang akan datang." (HR Ahmad)
Sabda Rasulullah bermaksud: "Apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadan, semua syaitan dan jin yang jahat dibelenggu, pintu-pintu neraka ditutup rapat sehingga tidak satu pun yang terbuka. Sebaliknya pintu syurga dibuka lebar dan tidak satu pun tertutup. Kemudian muncul seruan pada setiap malam: Hai orang yang baik, majulah, dan orang yang jahat, berhentilah. Dan Allah membebaskan beberapa penghuni neraka dan hal ini berlaku setiap malam bulan Ramadan." (HR Ibnu Hibban dan al-Hakim) Memasuki Ramadan bermakna kita melangkah ke gerbang ujian dan latihan. Kita tentu tidak mahu puasa yang kita kerjakan dengan bersusah payah menahan lapar dan dahaga itu tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada Allah.
Ada baiknya kita merenung bagaimanakah cara Rasulullah s.a.w. menyambut kedatangan Ramadan. Apa yang baginda lakukan ialah antaranya seperti banyak mengerjakan amalan kebajikan dan ibadah puasa.
Hal ini didasarkan kepada penjelasan sebuah hadis dinyatakan bahawa: "Adalah Rasulullah kadang-kadang terus menerus berpuasa sehingga kami mengatakan yang baginda tidak berbuka dan terkadang terus menerus berbuka sampai kami mengatakan yang baginda tidak pernah berpuasa sunat. Tetapi saya tidak pernah melihat Rasulullah menyempurnakan puasa sebulan penuh selain bulan Ramadan dan saya tidak pernah melihat baginda banyak melakukan puasa selain puasa pada bulan Syaaban."
Satu lagi cara Rasulullah menyambut Ramadan ialah dengan menyampaikan ceramah pada akhir bulan Syaaban untuk menjelaskan kebesaran dan keagungan bulan Ramadan.
Pada satu kesempatan pada penghujung Syaaban, Rasulullah pernah menyampaikan khutbah yang isinya amat menggembirakan dan menenangkan jiwa, yang mengandungi pesan dan janji-janji serta harapan bagi mereka yang beriman yang melaksanakan puasa itu.
Bunyi khutbah itu ialah: "Wahai manusia! Sudah datang kepadamu bulan yang penuh berkat, di dalamnya terdapat satu malam yang terlebih baik daripada seribu bulan dan Allah s.w.t. mewajibkan puasa di dalamnya, bangun di malam harinya merupakan sunnah. Barangsiapa menghampirkan dirinya kepada Allah dengan melaksanakan amal kebaikan, samalah dengan mengerjakan yang wajib di bulan lain. Siapa melaksanakan ibadah wajib (fardu), pahalanya seperti tujuh puluh yang wajib di bulan lain. Ramadan adalah bulan kesabaran manakala ganjaran atas kesabaran itu adalah syurga."
Bulan ini juga adalah bulan pertolongan dan bertambahnya rezeki. Sesiapa yang memberi makanan untuk berbuka kepada orang yang berpuasa, ia akan memperolehi keampunan atas segala dosanya, juga pembebasan daripada api neraka. Rasulullah kemudian ditanya oleh sahabat: Ya Rasulullah, tidak semuanya kami mampu berbuat demikian. Rasulullah secara tegas menjawab:
Ketahuilah, bahawa Allah s.w.t. akan mengurniakan pahala kepada orang yang memberi makanan berbuka puasa walaupun dengan sebiji kurma atau seteguk air ataupun sedikit susu."
Permulaan Ramadan adalah rahmat (kasih sayang), pertengahannya adalah pengampunan dosa manakala di akhir atau penghujungnya pembebasan daripada api neraka.
Perhatikan empat hal iaitu dua hal untuk keredaan Tuhan dan dua hal lagi untuk keperluan. Dua untuk Allah adalah: Engkau naik saksi bahawa tiada Tuhan selain Allah dan memperbanyak minat meminta ampun kepada Tuhanmu.
Untuk keperluan sendiri adalah: Mengharapkan syurga dari Allah dan berlindung kepada-Nya daripada seksa api neraka. Barangsiapa yang memberi minuman (berbuka) kepada orang berpuasa, Allah akan memberinya minum dari telaga (kausar), sekali minum tidak akan haus selamanya sampai ia masuk syurga dengan selamat. (HR. Ibnu Khuzaimah dari Salman al-Farisi). Demikian ringkasan khutbah Baginda.
Menyentuh apakah upacara khusus yang perlu dibuat bagi menyambut kehadiran Ramadan, Rasulullah tidak pula pernah memberikan contoh. Apa yang perlu diingat bahawa janganlah upacara atau persiapan yang akan dibuat itu banyak mengorbankan tenaga dan menghabiskan biaya, apalagi jika sampai melanggar susila keagamaan kerana ini adalah sesuatu yang tercela menurut Islam.
Apa yang sangat perlu dilakukan ialah benar-benar berusaha memahami ketentuan puasa itu agar amalan yang akan dilaksanakan benar-benar bersesuaian dengan ajaran dan petunjuk Nabi, sehingga amalan itu dapat memberi nilai tambah untuk bekalan menuju alam baqa'.
Oleh itu sudah sewajarnya pada bulan Ramadan, kita perlu bekalkan diri dengan ilmu, sekurang-kurangnya menyemak kembali hal yang berhubung dengan puasa dengan cara membaca buku-buku agama. Semoga kita tidak termasuk dalam golongan mereka yang berpuasa tetapi tidak memperolehi apa-apa nilai atau ganjaran daripada puasa itu kecuali lapar dan dahaga.
Akhirnya marilah kita memanfaatkan kehadiran Ramadan dengan cara memperbanyak amal soleh dan kebajikan kerana sesungguhnya Ramadan tidak selalu hadir dalam hidup kita.
Mana tahu kita tidak berkesempatan lagi menemui Ramadan pada tahun akan datang kerana tiada siapa yang mengetahui bilakah saat dan ketikanya kita dipanggil kembali ke sisi-Nya.
Sabtu, 6 Julai 2013
RAMADHAN AKAN MENJELANG
RAMADHAN AKAN
MENJELANG
Apa Persediaan Kita?
Bulan Ramadhan hampir tiba. Ramadhan adalah tetamu agung umat Islam, yang
membawa keampunan, rahmat, kebajikan dan berkat. Kelebihannya mendorong
minat menambah amal ibadat.
Biasanya kita akan gembira menyambut mana-mana tetamu yang akan
mengunjungi kita, bahkan akan terlebih dahulu membuat persiapan sambutan
yang selayaknya. Begitulah dengan ketibaan bulan Ramadan ini. Umat Islam
yang sebenar pasti akan gembira menyambutnya, dan akan mengalu-alukan
dengan membuat berbagai persediaan yang bersesuaian sebagaimana amalan
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam dan amalan para ulama salafussalih ketika
menyambut kedatangan tetamu mulia itu.
Berikut ini dicatatkan beberapa perkara yang perlu diketahui dan diamalkan
berhubung dengan bulan Sya'ban sebagai persediaan menyambut bulan Ramadhan
yang akan menjadi tetamu kita.
1. Bergembira dan Berdoa
Bulan Rejab, Sya'ban dan Ramadhan merupakan bulan-bulan agung. Bulan Rejab
disebut baginda Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebagai bulan Allah,
Sya'ban sebagai bulan baginda dan Ramadhan sebagai bulan umat Islam.
Sabda baginda:
Maksudnya: 'Rejab adalah bulan Allah, Sya'ban bulanku dan Ramadhan bulan
umat ku'.
(AI Jami'al-Shaghir: 2-9)
Salah satu daripada ketiga-tiga bulan itu, ialah bulan Sya'aban telah
dinisbahkan baginda kepada diri baginda dan ini membawa pengertian bahawa
keagungan bulan Sya'ban bertambah kerana ia disandarkan kepada manusia
yang paling agung dan mulia. Bahkan dalam satu riwayat Nasa'i dari Aisyah
disebutkan bahawa bulan Sya'ban termasuk bulan yang paling disukai Nabi.
Dalam bulan ini Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam, memperbanyak puasa
sunat.
Manakala bulan Ramadhan adalah bulan yang dinisbahkan kepada umat baginda,
iaitu umat Islam, penisbahan Ramadhan kepada umat Islam adalah sebagai
simbolik kepada masa dan peluang umat Islam untuk beramal dan
melipat-gandakan usaha yang berkebajikan di dalamnya. Dalam bulan Ramadhan
al-Quran diturunkan, di dalamnya terdapat malam yang lebih baik dari
seribu bulan dan lain-lain kelebihan lagi. Maka tujuan dari simbolik ini,
umat Islam melipat-gandakan ibadah di dalamnya dan supaya menyambut
ketibaannya dengan suka dan gembira, berdoa dan mengharap supaya sampai ke
Ramadhan yang mulia. Sehubungan dengan kegembiraan menyambut Ramadhan ini,
At-Thabrani dan lain-lain meriwayatkan dari Anas Radiallahu'Anh, bahawa
Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam sebelum tiba bulan Ramadhan, mulai dari
masuk bulan Rejab, baginda sering berdoa. Diantara doa baginda itu ialah:
Maksud: 'Ya Allah berilah keberkatan kepada kami di bulan Rejab dan
Sya'ban dan sampaikanlah kami ke bulan Ramadhan'.
Rasulullah Sallallahu'Alaihi Wasallam juga mengembirakan para sahabatnya
sempena menyambut ketibaan bulan Ramadhan mulia ini.
Perkara ini pernah diceritakan oleh Salman al-Farisi sebagaimana yang
diriwayatkan Ibnu Khuzaimah dan lain-lain, bahawa apabila tiba akhir bulan
Sya'ban Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam memberikan khutbah kepada
para sahabat yang antara lain mengandungi beberapa panduan dan dorongan
untuk memperbanyak amal ibadah dalam bulan Ramadhan.
Panduan dan dorongan yang diberikan Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam
ini membuatkan para sahabat merasa gembira menyambut ketibaan bulan
Ramadhan mulia ini.
2. Puasa Sunat
Salah satu kegiatan ibadah yang perlu dilakukan dalam bulan Sya'ban ialah
memperbanyak puasa sunat, sama ada puasa sunat khas Sya'ban, puasa sunat
lsnin dan Khamis ataupun puasa sunat kadha.
Perkara ini telah dipraktikkan sendiri oleh Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam sebagaimana hadis'Aisyah:
Maksudnya : 'Daripada 'Aisyah Radiallahu 'anh, katanya : Aku tidak pernah
melihat Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyempurnakan puasa dalam
satu bulan, melainkan bulan Ramadhan, dan aku tidak melihat baginda dalam
mana-mana bulan lain lebih banyak berpuasa melainkan dalam bulan Sya'ban.
(Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)'.
Banyak lagi hadis-hadis yang memperkatakan bahawa puasa sunat yang paling
banyak dilakukan baginda ialah dalam bulan Sya'ban. Di samping sebagai
menyambut ketibaan bulan Ramadhan, baginda pernah ditanya oleh Usamah bin
Zaid tentang hikmat puasa yang dilakukan baginda dalam bulan Sya'ban.
Baginda bersabda:
Maksudnya: 'Bulan Syaban yang berada diantara Rejab dan Ramadhan adalah
bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya
amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal
ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa'.
Di antara puasa sunat yang dilakukan Rasulullah Sallallahu 'Alaihi
Wasallam termasuklah puasa sunat kadha yang tidak sempat dilakukan baginda
sempena sesuatu yang sudah lepas masanya.
Berkata lbnu Hajar, ketika mengulas perkara ini:
Ertinya: Adalah baginda Sallallahu Alaihi sallam apabila luput daripadanya
mana-mana amalan sunatnya, baginda akan mengkadhanya, seperti sunat-sunat
yang ada dalam sembahyang dan sembahyang malam. Begitu juga apabila masuk
bulan Syaban dan baginda mempunyai baki puasa sunat yang belum dilakukan,
baginda akan mengkadhanya dalam bulan Syaban itu'.
Dalam perkara puasa sunat di dalam bulan Sya'ban ini, mengikut pendapat
yang muktamad adalah boleh berpuasa sunat walaupun sudah pertengahan bulan
Sya'ban tetapi puasanya itu bersambung dengan hari-hari sebelumnya, yakni
dia telah berpuasa sunat mulai sebelum masuk pertengahan Sya'ban. Adapun
berpuasa sunat sebelum masuk pertengahan bulan Sya'ban saja tidak
dipertikai keharusannya.
3. Mengkadha Puasa Wajib
Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib dikadha pada bila-bila masa,
tetapi bulan Sya'ban pada tahun berkenaan merupakan masa atau pcluang
terakhir buat tahun itu untuk mengkadha puasa Ramadhan yang tertinggal.
Maksud peluang terakhir disini ialah bagi mengelakkan membayar fidyah,
kerana jika sudah masuk bulan Ramadhan kedua, sedangkan puasa Ramadhan
tahun yang sebelumnya belum dikadha, maka disamping kewajipan mengkadanya,
wajib pula mengeluarkan fidyahnya.
Bagi sesiapa yang masih belum mengkadha puasa Ramadhan tahun lepas,
eloklah mengambil kesempatan mengkadhanya pada bulan Sya'ban ini agar
tidak terkena wajib membayar fidyah.
Sehubungan dengan perkara wajib mengkadha puasa Ramadhan bagi wanita
wanita yang sedang berhaid di bulan Ramadhan, 'Aisyah Radiallahu'anh pemah
memberi keterangan kepada Mu'azah al'Adawiah yang antara lain berbunyi:
Maksudnya: 'Maka kita diperintahkan mengkadhapuasa (kerana kedatangan
haid) tidak disuruh mengkadha sembahyang yang tertinggal semasa kedatangan
haid)'.
(Hadis riwayat Muslim).
Dan bagi 'Aisyah sendiri yang' tidak sunyi dari menerima tabiat semulajadi
wanita itu, mengambil inisiatif mengkadha puasanya yang tertinggal di
bulan Sya'ban sebagaimana dalam hadis :
Maksudnya: 'Daripada 'Aisyah, katanya:
Saya mempunyai puasa Ramadhan yang tertinggal, dan saya tidak berupaya
menggantinya melainkan dalam bulan Sya'ban".
(Hadis disepakati Bukhari dan Muslim).
Dalam satu keterangan disebutkan 'Aisyah tidak berupaya mengkadha puasanya
dengan segera kerana kesibukannya melayan baginda Rasulullah Sallallahu
'Alaihi Wasallam sebelum masuk bulan Sya'ban. Bagaimanapun apabila bulan
Sya'ban muncul barulah dia berkesempatan mengkadha puasanya, kerana pada
bulan (Sya'ban ini baginda Rasulullah Sallallahu 'Alaihi Wasallam sudah
mulai sibuk hendak menyambut bulan Ramadhan dengan berpuasa sunat.
Fidyah
Di antara makna Fidyah dalam hal puasa ialah bayaran denda kerana tidak
berpuasa Ramadhan dengan sebab-sebab tertentu atau kerana
melambat-lambatkan mengkadha puasa Ramadhan sehingga masuk Ramadhan
berikutnya.
Diantara sebab-sebab wajib mengeluarkan Fidyah puasa ialah:
1. Tidak berupaya berpuasa iaitu seseorang yang wajib berpuasa, tetapi
tidak sanggup lagi mengerjakannya disebabkan tua, lemah dan sekiranya dia
berpuasa tidak akan dapat menanggung kepayahannya.
2. Orang yang sakit yang tidak ada harapan sembuh dan tidak berupaya
melakukan puasa.
3. Perempuan hamil atau yang sedang menyusukan anak, iaitu jika sekiranya
mereka ini berpuasa, maka takut akan mendatangkan mudarat kepada anak yang
dikandung atau bolch mengurangkan air susu yang akan memberi kesan kurang
baik kepada anak yang menyusu.
4. Sesiapa tidak mengkadha Ramadhan pada tahun berkenaan sehingga masuk
Ramadhan berikutnya tanpa 'uzur syar'i.
Khusus bagi sebab yang keempat ini, maka bagi sesiapa yang telah
terlanjur melambat-lambatkan kadha puasa Ramadhan, padahal ia boleh
mengkadha puasanya itu dengan tiada 'uzur sehingga masuk Ramadhan
lain, maka tetaplah juga wajib ke atasnya mengkadhanya sebanyak
hari-hari Ramadhan yang ditangguhnya itu disamping itu wajib pula
mengeluarkan fidyah mengikut kadar hari-hari berkenaan, iaitu
sebanyak satu mud atau 15 tahil atau 566.99 gram beras untuk satu
hari.
Ertinya satu hari puasa Ramadhan yang ditinggalkan maka fidyahnya satu
mud, jika dua hari, fidyahnya dua mud, jika tiga hari, fidyahnya tiga
mud begitulah seterusnya.
Walau bagaimanapun, kadar jumlah satu, dua atau tiga mud itu boleh
berganda. Umpamanya sehari puasa Ramadhan yang ditinggalkan fidyahnya
ialah satu mud, tetapi jika masuk tahun kedua belum dikadha fidyahnya
berganda menjadi dua mud. Masuk tahun ketiga menjadi tiga mud
sehinggalah dikadha dan begitulah seterusnya.
Jadi bagi sesiapa yang belum mengkadha puasa Ramadhannya, eloklah
mengkadhanya dalam bulan Sya'ban ini bagi mengelakkan fidyahnya
berganda lagi.
Perlu juga di ingat bahawa disamping kewajipan membayar fidyah, dan
mengkadha puasa Ramadhan,adalah wajib bertaubat tidak akan
meninggalkan puasa Ramadhan lagi atau melambatkan mengkadhanya jika
tidak ada 'uzur syar'i, kerana meninggalkan puasa Ramadhan tanpa'uzur
adalah haram, dan jika ditinggalkan juga tanpa, 'uzur, wajiblah
dikadha dengan segera, dan jika dilambat lambat mengkadha nya tanpa
'uzur hukumnya adalah haram.
Orang Yang Sudah Meninggal
Orang yang meninggalkan puasa Ramadhan kerana 'uzur syar'i seperti sakit
atau dalam musafir sama ada satu hari atau lebih, kemudian dia mati
sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka tidak wajib dikeluarkan fidyah
puasa yang ditinggalkannya itu. Dia juga tidak berdosa kerana dia dikira
tidak dapat melakukan yang wajib atasnya disebabkan suatu 'uzur atau
halangan yang dibenarkan syara'.
Bagaimana jika dia mati setelah berkeupayaan dan berpeluang mengkadhanya,
namun dia tidak mengkadhanya, maka pihak walinya tidak perlu mengganti
puasanya dan tidak sahhukumnya,kerana puasa itu dikira ibadah peribadi
yang tidak dapat diwakilkan semasa hidup.
Berkata Imam Nawawi:
Ertinya: 'Sesiapa yang meninggalkan puasa Ramadhan (kerana 'uzur syara'),
kemudian dia mati sebelum berkesempatan mengkadhanya, maka dia tidak wajib
membayar fidyahnya dan tidak berdosa. Dan jikalau dia mati selepas
berupaya mengkadhanya, walinya tidak perlu mengganti puasanya mengikut
Kaul Jadid, yang perlu ialah membayar fidyah puasanya bagi setiap hari
satu mud makanan yang diambil dari harta peninggalannya'. (Minhaj
at-Thalibin: 77).
Khamis, 18 April 2013
PERGI LAGI...
Assalamualaikum.w
untuk sahabat2 adam dan hawa
akak2 abg2 ummi2 abi2
dan adik2 SY.. ampun maf d pinta jika ade salah silap SY yea.. samaade sedar atau x sedar sy sakiti..
ingat pesanan sy..
jaga amalan jaga pgaulan jaga pmakaian.. jaga diri jaga aklak jaga maruah..
jaga plajaran.. jaga smua2 tu..
sentiasa minta perlindungan dgn Allah..
mgadu dgn Allah..
smoga bjumpa d sana..
SALAM PERJUANGAN
TAKBIR!!!
untuk sahabat2 adam dan hawa
akak2 abg2 ummi2 abi2
dan adik2 SY.. ampun maf d pinta jika ade salah silap SY yea.. samaade sedar atau x sedar sy sakiti..
ingat pesanan sy..
jaga amalan jaga pgaulan jaga pmakaian.. jaga diri jaga aklak jaga maruah..
jaga plajaran.. jaga smua2 tu..
sentiasa minta perlindungan dgn Allah..
mgadu dgn Allah..
smoga bjumpa d sana..
SALAM PERJUANGAN
TAKBIR!!!
Rabu, 17 April 2013
ISTIMEWANYA MENJADI WANITA
ISTIMEWANYA MENJADI WANITA
1. Doa wanita lebih makbul
daripada lelaki kerana sifat penyayangnya yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada rasulullah s.a.w. akan hal tersebut, jawab baginda
"ibu lebih penyayang daripadabapa dan doa orang yang penyayang tidak akan
sia-sia"
2. Wanita yang solehah ( baik )
itu lebih baik daripada 1000 orang lelaki yang soleh
3. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 orang wali
4. Seorang wanita solehah
adalah lebih baik daripada 70 lelaki soleh
5. Barangsiapa yang
mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang menangis kerana
takut kepada Allah s.w.t. dan orang yang takutkan Allah s.w.t. akan diharamkan
api neraka ke atas tubuhnya.
6. Barangsiapa yang membawa
hadiah ( barang makanan dari pasar ke rumah ) lalu diberikan kepada
keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Dan hendaklah mendahulukan anak
perempuan daripada anak lelaki. Maka, barangsiapa yang menyukakan anak
perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak nabi ismail a.s.
7. Tidaklah seorang wanita yang
haid itu,kecuali haidnya merupan kifarat (tebusan) untuk dosa-dosanya yang
telah lalu, dan apabila pada hari pertama haidnya membaca "alhamdulillah
kulli halin wa astaghfirullah" yang bermaksud "segala puji bagi Allah
alam segala keadaan dan aku mohon ampun kepada Allah dari segala dosa". Maka,
Allah menetapkan dia bebas dari neraka dan dengan mudah melalui silatul
mustaqim, aman dari seksaan, bahkan Allah mengangkatnya ke atas darjat seperti
40 orang mati syahid apabila dia selalu berzikir kepada Allah selama haidnya.
8. Wanita yang tinggal bersama
anak-anaknya akan tinggal bersama rasulullah s.a.w. di dalam syurga.
9. Barangsiapa yang mempunyai
tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan, lalu dia bersikap ehsan dalam pergaulan denga mereka dan
mendidik dengan penuh rasa taqwa serta bertanggungjawab, maka baginya adalah
syurga.
syurga.
10. Daripada aisyah r.ha.
"barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya,
lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang
baginya daripada api neraka"
11. Syurga itu di bawah tapak
kaki ibu
12. Apabila memanggil akan
engkau dua orang ibubapamu, maka jawablah panggilan ibumu dahulu.
13. Wanita yang taat berkhidmat
kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.
14. Wanita yang taat akan
suaminya, semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit,
matahari dan bulan, semuanya beristighfar baginya selama mana dia taat kepada
suaminya dan meredainya ( serta menjaga solat dan puasanya ).
15. Aisyah r.ha. Berkata
"aku bertanya kepada rasulullah s.a.w. siapakah yang lebih besar haknya
terhadap wanita ?" jawab baginda, "suaminya" "siapa pula
berhak terhadap lelaki ?" jawab rasulullah s.a.w. "ibunya".
16. Seorang wanita yang apabila
mengerjakan solat lima waktu, berpuasa wajib sebulan ( ramadhan ), memelihara
kehormatannya serta taat kepada suaminya, maka pasti akan masuk syurga dari
pintu mana saja yang dia kehendaki.
17. Tiap perempuan yang menolong
suaminya dalam urusan agama, maka Allah s.w.t. memasukkan dia ke dalam syurga
lebih dahulu daripada suaminya ( 10,000 )
18. Apabila seseorang perempua
mengandung janin dalam rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat utuknya.
Allah s.w.t mencatatkan baginya setiap hari dengan 1000 kebaikan dan
menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
19. Dua rakaat solat dari wanita
yang hamil adalah lebih baik daripada 80 rakaat solat wanita yang tidak hamil.
20. Wanita yang hamil akan
mendapat pahala berpuasa pada siang hari.
21. Wanita yang hamil akan
mendapat beribadat pada malam hari.
22. Apabila seseorang perempuan
mula sakit hendak bersalin, maka Allah s.w.t. mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.
23. Wanita yang bersalin akan
mendapat pahala 70 tahun solat dan puasa dan setiap kesakitan pada satu
uratnya, Allah mengurniakan satu pahala haji.
24. Apabila seseorang perempuan
melahirkan anak, keluarlah dia daripada dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya. Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia
akan dikira sebagai mati syahid.
25. Wanita yang memberi minum
susu kepada anaknya daripada badannya ( susu badan ) akan dapat satu pahala
daripada tiap-tiap titik susu yang diberikanya.
26. Jika wanita
menyusui anaknya sampai cukup tempoh ( 2 ½ tahun ), maka malaikat-malaikat di
langit akan khabarkan berita bahawa syurga wajib baginya.
27. Jika wanita memberi susu
badannya kepada anaknya yang menangis, Allah akan memberi pahala satu tahun
solat dan puasa.
28. Wanita yang habiskan
malamnya dengan tidur yang tidak selesa kerana menjaga anaknya yang menangis,
Allah akan memberikan pahala satu tahun solat dan puasa.
29. Wanita yang tidak cukup
tidur pada malam hari kerana menjaga anaknya yang sakit akan diampunkan oleh
Allah akan seluruh dosanya. Dan bila dihiburkan hati anaknya, Allah memberi 12
tahun pahala ibadat.
30. Apabila seseorang wanita
mencuci pakaian suaminya, maka Allah mencatatkan baginya seribu kebaikan, dan
mengampuni dua ribu kesalahannya, bahkan segala sesuatu yang disinari sang
suria akan meminta keampunan baginya, dan Allah mengangkatnya seribu darjat.
31. Seorang wanita yang solehah
lebih baik daripada seribu orang lelaki yang tidak soleh, dan seorang wanita
yang melayani suaminya selama seminggu, maka ditutupkan baginya tujuh pintu
neraka dan dibuka baginya lapan pintu syurga, yang dia dapat masuk dari mana
saja tanpa dihisab.
32. Mana-mana wanita yang
menunggu suaminya sehingga pulang, disapukan mukanya, dihamparkan duduknya atau
menyediakan makan minumnya atau merenung ia pada suaminya atau memegang
tangannya, memelihara anaknya atau memanfaatkan hartanya pada suaminya kerana
mencari keredaan Allah, maka disunatkan baginya akan tiap-tiap kalimah
ucapannya, tiap-tiap langkahnya dan setiap renungannya pada suami sebagaimana
memerdekakan seorang hamba. Pada hari kiamat kelak, Allah kurniakan nur hingga
tercengang wanita mukmin semuanya atas kurniaan rahmat itu. Tiada seorangpun
yang sampai ke martabat itu melainkan nabi-nabi.
33. Tidakkah putus ganjaran dari
Allah kepada seseorang apabila isterinya yang siang dan malamnya mengembiraka
suaminya.
34. Wanita yang melihat suaminya
dengan kasih sayang dan suaminya melihat isterinya dengan kasih sayang akan di
pandang Allah dengan penuh rahmat.
35. Jika wanita melayan suami
tanpa khianat akan mendapat pahala 12 tahun solat.
36. Wanita yang melayan baik
suami yang pulang ke rumah di dalam keadaan letih akan mendapat pahala jihad.
37. Jika wanita memicit suami
tanpa disuruh akan mendapat pahala 7 tola emas dan jika wanita memicit suami
bila disuruh akan mendapat pahala tola perak.
38. Dari hazrat muaz
"mana-mana wanita yang berdiri atas dua kakinya membakar roti untuk
suaminya hingga muka dan tangannya kepanasan oleh api, maka diharamkan muka dan
tangannya dari bakaran api neraka"
39. Thabit al banani berkata
"seorang wanita dari bani israel yang buta sebelah mata sangat baik
khidmatnya kepada suami. Apabila ia menghidangkan makanan dihadapan suami,
dipegangnya pelita sehingga suaminya selesai makan. Pada suatu malam pelitanya
kehabisan sumbu, maka diambilnya rambutnya dijadikan sumbu pelita. Pada
keesokannya matanya yang buta telah celik. Allah kurniakan keramat ( kemuliaan
pada perempuan itu kerana memuliakan dan menghormati suaminya ).
40. Pada suatu ketika di
madinah, rasulullah s.a.w. keluar mengiringi jenazah. Baginda dapati beberapa
orang wanita dalam majlis itu. Baginda lalu bertanya, "adakah kamu
menyembahyangkan mayat ?" jawab mereka, "tidak" sabda baginda
"seeloknya kamu sekelian tidak perlu ziarah dan tidak ada pahala bagi
kamu.tetapi tingAllah di rumah dan berkhidmatlah kepada suami nescaya pahalanya
sama dengan ibadat-ibadat orang lelaki.
Langgan:
Catatan (Atom)
