Cari Blog Ini

Rabu, 13 Mac 2013

SOLAT DHUHA ( CARA DAN KELEBIHANNYA)

Assalamualaikum & Selamat Pagi sahabat2 semua.... Apa khabar sahabat semua harini? Ana harap semua sihat2 belaka dan ana doakan segala urusan kita pada hari ini ALLAH permudahkan. In Shaa ALLAH....Amin3

Harini ana nak berkongsi dengan sahabat2 semua berkenaan "SOLAT DHUHA".
Ana harap kita sama2 dapat peroleh manfaat dan dapat amalkan bersama2 ye sahabat

Cara nye mudah sahaja... Ana pasti kita semua mampu buat... Cuma apa yang perlu...kita start buat dan istiqamah... Hati kena kuat untuk istiqamah... :)

 Berkata Abu Murrah Ath-Tha’ifi r.a. bahwasanya Nabi s.a.w. telah bersabda :
Allah telah berfirman:

“Wahai anak Adam! Bersembahyanglah untuk Aku di awal pagi, niscaya Aku akan mencukupimu di akhirnya.” (Riwayat Ahmad)

Hadis Qudsi ini menganjurkan kita mengerjakan Solat Dhuha yang mana antara faedahnya, Allah Ta’ala memberi jaminan akan melaksanakan segala keperluan-keperluan keduniaan manusia setiap hari.


Dalam riwayat yang lain Rasullullah SAW pernah bersabda yang maksudnya :


“Pada tiap-tiap pagi lazimkanlah atas tiap-tiap ruas anggota seseorang kamu bersedekah; tiap-tiap tahlil satu sedekah, tiap-tiap takbir satu sedekah, menyuruh berbuat baik satu sedekah, dan cukuplah (sebagai ganti) yang demikian itu dengan mengerjakan dua rakaat solat Dhuha .” (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

Dalam sebuah hadis yang lain Nabi SAW bersabda bermaksud :

” Barangsiapa yangmenunaikan sembahyang sunat Dhuha sebanyak dua rakaat tidak ditulis dia daripada orang-orang yang tidak lalai daripada mengingati Allah dan barangsiapa yang menunaikan nya sebanyak empat rakaat ditulis akan dia daripada orang-orang yang suka beribadat dan barangsiapa yang menunaikannya sebanyak enam rakaat dicukupkan baginya pada hari tersebut, barangsiapa menunaikanyan sebanyak lapan rakaat Allah menulis baginya daripada orang-orang yang selalu berbuat taat, barang siapa yang menunaikannya sebanyak dua belas rakaat Allah akan membina baginya mahligai didalam syurga dan tidak ada satu hari dan malam melainkan Allah mempunyai pemberian dan sedekah kepada hamba-hambaNya dan Allah tidak mengurniakan kepada seseorang daripada hamba-hambaNya yang lebih baik daripada petunjuk supaya sentiasa mengingatiNya,” (Riwayat At-Thabarani ).
 


Doa Selepas solat Dhuha.


Fadilat Dhuha

Banyak hadis-hadis yang mengalakkan solat Dhuha dan menyatakan keutamaannya, antaranya dalam riwayat katanya:

1. “Kekasihku Rasullullah SAW telah berwasiat kepadaku tiga perkara, aku tidak meninggalkannya, iaitu ; supaya aku tidak tidur melainkan setelah mengerjakan witir, dan supaya aku tidak meninggalkan dua rakaat solat Dhuha kerana ia adalah sunat awwabin, dan berpuasa tiga hari daripada tiap-tiap bulan” (Abu Hurairah :Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim)

2. Adapun kelebihan sembahyang Dhuha itu sepertimana di dalam kitab “An-Nurain” sabda Rasullullah SAW yang maksudnya : “Dua rakaat Dhuha menarik rezeki dan menolak kepapaan.”

3. Dalam satu riwayat yang lain Rasulullah SAW bersabda yang maksudnya :
“Barangsiapa yang menjaga sembahyang Dhuhanya nescaya diampuni Allah baginya akan segala dosanya walaupun seperti buih dilautan.” (Riwayat Ibnu Majah dan At-Tirmidzi).

4. Daripada Anas bin Malik Radhiallahu ‘anhu berkata: “Aku mendengar Rasulullah SAW berkata: “Barangsiapa yang mengerjakan sembahyang sunat Dhuha dua belas rakaat dibina akan Allah baginya sebuah mahligai daripada emas” (Riwayat Ibnu Majah dan Tirmidzi)

  
Sekian sahaja entri dari ana... 

~~ Beramal kerana ALLAH~~

"Asmiirs Hasmah"

TIPS UNTUK LELAKI DAN PENGETAHUAN UNTUK WANITA

TIPS UNTUK LELAKI DAN PENGETAHUAN UNTUK WANITA




Asalamualaikum.w
pagi ni ustaz nak bgtau sikit d mane lemahnye wanita... bila berdepan dgn suami.. dan suami kne tau apa patut d buat bila keadaan ini berlaku.. dan wanita kompon cair macam coklate..
apa yang patut kita tahu wahai sahabat2,,,,
jom baca ni.........>>>>>


1. Bila sorang wanita mengatakan dia sedang bersedih,tetapi dia tidak
menitiskan airmata,itu bermakna dia sedang menangis di dalam hatinya.

2. Bila dia tidak menghiraukan kamu selepas kamu menyakiti hatinya,lebih
baik kamu beri dia masa untuk menenangkan hatinya semula sebelum kamu
menegur dengan ucapan maaf.

3. Wanita sukar nak cari benda yang dia benci tentang orang yang paling dia
sayang(sebab itu ramai wanita yang patah hati bila hubungan itu putus di
tengah jalan).

4. Sekiranya sorang wanita jatuh cinta dengan sorang lelaki,lelaki itu akan
sentiasa ada di fikirannya walaupun ketika dia sedang keluar dengan lelaki
lain.

5. Bila lelaki yang dia suka dan cinta merenung tajam ke dalam matanya,dia
akan cair seperti coklat!!


6. Wanita memang sukakan pujian tetapi selalu tidak tau macam mana nak
menerima pujian.

7. Ji! ka kamu tidak suka dengan gadis yang sukakan kamu separuh mati,tolak
cintanya dengan lembut,jangan berkasar sebab ada satu semangat dalam diri
wanita yang kamu tak akan tahu bila dia dah buat keputusan,dia akan lakukan
apa saja.

8. Sekiranya sorang gadis mula menjauhkan diri darimu selepas kamu tolak
cintanya,biarkan dia untuk seketika.Sekiranya kamu masih ingin menganggap
dia sorang kawan,cubalah tegur dia perlahan-lahan.

9. Wanita suka meluahkan apa yang mereka rasa.Muzik,puisi,lukisan dan
tulisan adalah cara termudah mereka meluahkan isi hati mereka.

10. Jangan sesekali beritahu perempuan yang mereka ni lansung tak berguna.

11. Bersikap terlalu serius boleh mematikan mood wanita.

12. Bila pertama kali lelaki yang dicintainya dalam diam memberikan respon
positif,misalnya menghubunginya melalui telefon,si gadis akan bersikap acuh
tak acuh seolah-olah tidak berminat,tetapi sebaik saja ganggang
diletakkan,dia akan menjerit kesukaan dan ! tak sampai sepuluh minit,semua
rakan-rakannya akan tahu berita tersebut.

13. Sekuntum senyuman memberi seribu erti bagi wanita.Jadi jangan senyum
sebarangan.

14. Jika kamu menyukai sorang wanita,cubalah mulakan dengan
persahabatan.Kemudian biarkan dia mengenalimu dengan lebih mendalam.

15. Jika sorang wanita memberi seribu satu alasan setiap kali kamu ajak
keluar,tinggalkan dia sebab dia memang tak berminat denganmu.

16. Tetapi jika dalam masa yang sama dia menghubungimu atau menunggu
panggilan darimu,teruskan usahamu untuk memikatnya.

17. Jangan sesekali mengagak apa yang dirasakannya.Tanya dia sendiri!!

18. Selepas sorang gadis jatuh cinta,dia akan sering tertanya-tanya
kenapalah aku tak jumpa lelaki ini lebih awal.

19. Kalau kamu masih tercari-cari cara yang paling romantik untuk memikat
hati sorang gadis,cubalah rajin-rajinkan tangan menyelak buku-buku cinta.

20. Bila setiap kali gambar kelas keluar,benda pe! rtama yang dicari oleh
wanita ialah siapa yang berdiri di sebelah buah hatinya,kemudian barulah
dirinya sendiri.


21. Bekas teman lelaki akan sentiasa ada di fikirannya tetapi lelaki yang
dicintainya sekarang akan berada di tempat teristimewa iaitu di hatinya!!

22. Satu ucapan 'Hi' sahaja sudah cukup menceriakan harinya.

23. Teman baiknya saja yang tahu apa yang sedang dia rasa dan lalui.

24. Wanita paling benci lelaki yang berbaik-baik dengan mereka semata-mata
nak tackle kawan mereka yang paling cantik.

25. Cinta bermaksud kesetiaan, ambil berat, jujur dan kebahagiaan tanpa
sebarang kompromi.

26. Semua wanita mahukan sorang lelaki yang cintakan mereka sepenuh hati..

27. Senjata wanita adalah airmata!!

28. Wanita suka jika sesekali orang yang disayanginya mengadakan surprise
buatnya(hadiah,bunga atau sekadar kad ucapan romantis).Mereka akan rasa
terharu dan merasakan bahawa dirinya dicintai setulus hati.Dengan i! ni dia
tak akan ragu-ragu terhadapmu.

29. Wanita mudah jatuh hati pada lelaki yang ambil berat tentang mereka dan
baik terhadapnya.So,kalau nak memikat wanita pandai-pandailah...

30. Sebenarnya mudah mengambil hati wanita kerana apa yang dia mahu hanyalah
perasaan dicintai dan disayangi sepenuh jiwa



InsyaAllah ade manfaatnye
selamat mencuba..... (^_^)

PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN



PETUA MENJADI LELAKI PILIHAN 

CIRI-CIRI LELAKI PILIHAN

Assalamualaium.w... sedikit sebanyak ustaz nak kongsi pada kaum adam...
kan kebelakangan ni kaum hawa membebel.btanya knp artikel kbanyakkannye mgenai wanita sahaja. takde ke mgenai lelaki... ha! pagi ni ustaz bagi khas tuk lelaki... sape x amal rugi... yg amal InsayAllah bermanfaat..
Pagi ni usatz nak kongsi hal ciri2 lelaki pilihan wanita
jom baca....



  1. Taat kepada Allah dan Rasul-Nya2. Mempunyai ilmu pengetahuan agama
3. Bekerja menyeru manusia kepada kebaikan dan mencegah kemungkaran
4. Mempunyai sifat berjuang mencapai kecemerlangan dalam hidup
5. Sentiasa membersihkan dirinya daripada sebarang kemungkaran
6. Selalu bertaubat dan memperbanyakan amalan-amalan sunat
7. Tidak mengharapkan balasan atau pujian apabila melakukan sesuatu
8. Tidak takut kepada cercaan orang yang suka mencela
9. Mengetahui dan faham serta mengamalkan segala kewajipannya dengan baik
10. Bersifat lapang dada, penyantun dan pemaaf
11. Berhemah tinggi dan cermat
12. Sentiasa tenang dan waspada
13. Jika ia berkahwin, dia dapat melayan isteri dengan baik kerana sebaik-baik suami adalah    suami yang paling baik terhadap isteri



             14   Bersifat pelindu! ng dan bertanggungjawab
15. Bersifat tegas tetapi lemah lembut dan penyayang
16. Berpendirian teguh
17. Bersikap terbuka dan matang
18. Bertimbang rasa dan memahami jiwa wanita
19. Mempunyai sifat kepemimpinan.
20. Boleh berbincang dan berterus terang
21. Penyabar
22. Mempunyai perancangan dan matlamat hidup yang baik dan jelas
23. Cerdik dan bijaksana
24. Peramah dan mesra
25. Kerjaya yang terjamin
26. Berwawasan untuk kesejahteraan dunia dan akhirat.




banyak lagi sebenarnya.. tp setakat ni dahulu... yg ni d amalkan... da berbaloi da hubungan suami. kne ingat!!! wanita x suke perangai lelaki yg bertentangan d ats ni... (selamat mencuba )



Selasa, 12 Mac 2013

Hidayah Itu Milik ALLAH.... & Kita harus mencariNYA...

Bismillahirrahmanirrahim. 

Assalamualaikum w.b.t 

Alhamdulillah....masih diberikan peluang menghembus nafas...merasakan udara segar dan keindahan bumi ALLAH... Kupanjatkan segala puji dan syukurku hanya untukMU Ya ALLAH. 

Terima Kasih Ya ALLAH..kerana masih memberiku peluang untuk beribadah kepadaMU... Berbakti kepadaMU... Merasakan nikmat IMAN dan ISLAM.... 

Ù‚ُÙ„ْ Ø¥ِÙ†َّ صَÙ„َاتِÙŠ ÙˆَÙ†ُسُÙƒِÙŠ ÙˆَÙ…َØ­ْÙŠَايَ ÙˆَÙ…َÙ…َاتِÙŠ Ù„ِÙ„َّÙ‡ِ رَبِّ الْعَالَÙ…ِينَ 
Katakanlah: sesungguhnya sembahyangku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Tuhan semesta alam. Al-An`aam:162

 “Ya Allah,ampunilah kami seandainya kami terlupa dan terleka, jadikanlah setiap kehidupan kami ,perkataan dan perbuatan kami sebagai ibadah kerana Mu, terimalah kami dan redhailah kami dan tempatkanlah kami bersama hamba2Mu yang soleh di Syurga FirdausMu” Amin..

Di pagi yang mulia ini.. ana ingin berkongsi dengan sahabat2 ana semua berkenaan 
"Hidayah ALLAH"

"Hidayah"...Bila berbicara tentangnya ..... semua mahu memilikinya namun seramai mana yang mahu berusaha memilikinya?? Tepuk dada tanya Iman kita...  Jika iman mahukannya...jadi ape lagi.... ??? kenalah berusaha untuk memperolehnya.... 

ALLAH itu tidak pernah memilih kasih kepada hambaNYA... Oleh itu perlu kita sedar bahawa ALLAH itu tidak memberi hidayah berdasarkan kedudukan keluarga , pangkat kita dan harta kekayaan kita.  Hidayah dan cahaya ALLAH itu diberikan kepada orang yang dikehendakiNYA dan yang penting berhak menerimanya... dan yang pasti ia dikerahkan bagi mereka yang betul2 ingin mencari hidayah dan berazam untuk mendapatkannya...  

Bersyukurlah buat mereka yang telah ALLAH hadiahkan sebuah hidayah didalam hatinya.... kemudian dia berjuang dengan bersungguh2 di jalan ALLAH dan Islam.... Dia rela ALLAH sebagai Tuhannya dan ALLAH itu tujuannya..... maka ia telah menggapai keredhaan ALLAH.. dan ALLAH telah hadiahkan kepadanya "Hidayah & Petunjuk" Subhanallah Maha Suci ALLAH...

Hidayah itu dicapai dan diperolehi bukan hanya dengan banyak beribadah... tetapi mesti disertai dengan terapi keimanan kepada ALLAH...Yang penting ISTIQAMAH sahabat!!!!
 Istiqamah dalam merayu redha ALLAH...Istiqamah untuk terus berusaha menggapai redha ALLAH...  Yang penting jaga hubungan dengan ALLAH & Manusia "Hablu Minallah Hablu Minannas......"


Sesungguhnya Allah mengetahui bahawa di dalam hatimu ada keinginan untuk mendapatkan hidayah dan juga mengetahui apa yang tersembunyi di balik jiwamu bahawa kamu menginginkan-Nya. Kalau kamu bersungguh-sungguh mencari hidayah, pastilah Allah akan membukakan dan memberikan untukmu sesuatu yang tidak terlintas dalam hatimu.

Ya ALLAH...kurniakan kepada kami hidayah dan petunjukMU....supaya iman kami bertambah...dan kami isitqamah untuk melaksanakan perintahMU dan beribadah hanya padaMU..Amin2 Ya Rabbal Alamin.


Allah sangat dekat dengan kita, 
Bahkan lebih dekat dengan urat leher kita. 

Adakah kau mengerti, 
Tiap desah nafas adalah kasih sayang-Nya. 

Dia telah memanggilmu, 
Menegurmu dengan sangat dekat, 
Memberimu surat cinta untuk dibaca. 

Jika selangkah saja kau dekat pada-Nya, 
Dia akan mendekatimu seribu langkah....

Sekian sahaja entri dari ana... Ana harap pembaca n sahabat semua peroleh manfaat dan sematkan dalam hati untuk capai hidayah dan keredhaan ALLAH....In Shaa ALLAH.... Semuanya dengan izin ALLAH.... 

Wassalam dan Salam Perjuangan.. 

~~~Beramal Kerana ALLAH"

"Asmiirs Hasmah"  

Isnin, 11 Mac 2013

JANGAN ANGGAP DIRI KITA LEBIH



Assalamualaikum sahabat2 ana.... 

Jom kita baca kena kita perlu "JANGAN ANGGAP DIRI KITA LEBIH" .... 


Sama2 kita fahami....amalkan...sematkan dalam hati.... n buat perubahan...Insya ALLAH kita mampu...

~~~ Beramal Kerana ALLAH ~~~ 

"Asmiirs Hasmah"

Wanita Acuan Al-Quran.... Subhanallah (^_^)


Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum buat sahabat2 ana semua... Semalam entry ana berkaitan bagaimana seorang lelaki itu dikatakan sebagai "Lelaki Acuan Al-Quran"  kan? 

Jadi manalah adil kan kalau lelaki je ada benchmark bagaimana nak menjadi "Lelaki Acuan Al-Quran" ..... betul x sahabat2? Ok dengan tu jom kita baca bagaimana pula kita sebagai wanita mahu menjadi sebagai 'Wanita Acuan Al-Quran" 

Kita sama2 baca..hayati..fahami maksudnya...dan kemudian kita sama2 tanamkan dalam hati untuk menjadi seperti 'Wanita Acuan Al-Quran" 

Insya ALLAH...kalau x 100% mungkin kita boleh berubaha menjadi 70-80% ciri2 'Wanita Acuan Al-Quran" ...Semuanya dengan izin ALLAH s.w.t.... Amin3 Ya Rabbal Alamin. 


Wanita Acuan Al-Quran Ialah Seorang wanita Yang Beriman
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu


 

Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh Yang
Bersifat Jembalang


Wanita Acuan Al-Quran Ialah wanita Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Memelihara Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan membantu suami Mendalami Agama Islam
Yang auratnya dikhaskan buat suami tercinta
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat


 



Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat Rasulullah SAW
serta wanita sufi yg digariskan dalam kalamullah
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya

Wanita Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan


 

Wanita Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian bersama lelaki

Wanita Acuan Al-Quran
Ialah wanita Yang Tidak Mudah Terpesona
Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama lelaki Acuan Al-Quran ganjaran ALLAH SWT 



Ana harap kita semua peroleh manfaat daripada apa yangtertulis seperti diatas...  

p/s : Sengaja ana masukkan gambar kartun banyak2 bagi ceria n seronok untuk dibaca. Kalau ada yang tak suka ana minta maaf ye... boleh bgtau ana...so next entry ana minimumkan penggunaan kartun... hehe (^_6) ... Semoga sahabat2 semua ceria selalu... n moga semua urusan kita dipermudahkan ALLAH....

Sekian dari Ana.... ~~~ Beramal kerana ALLAH~~~ 

"Asmiirs Hasmah"
♡♡ DOSA YANG LEBIH BESAR DARI ZINA ♡♡

Bismillaahirrahmaanirrahiim
Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh

Suatu senja, seorang wanita melangkahkan kaki mendekati kediaman Nabi Musa.

Setelah mengucapkan salam, dia masuk sambil terus menunduk.
Air matanya berderai tatkala berkata, “Wahai Nabi ALLAH, tolonglah saya.

Doakan agar ALLAH mengampuni dosa keji saya”.
“Apakah dosamu wahai wanita...?” Tanya Nabi Musa.
“Saya takut mengatakannya,”­ jawab wanita itu.
“Katakanlah, jangan ragu-ragu...!”desak Nabi Musa.

Maka perempuan itu pun dengan takut bercerita, “Saya telah berzina.”

Kepala­ nabi Musa terangkat, hatinya tersentak.
“Dari perzinaan itu saya hamil. Setelah anak itu lahir,
langsung saya cekik lehernya sampai mati,” lanjut perempuan itu seraya menangis.

Mata Nabi Musa berapi-api.
Dengan muka yang berang dia menghardik.
“Perempuan celaka, pergi dari sini. Agar siksa ALLAH tak jatuh ke dalam rumahku.

Pergi...!!!!” teriak nabi Musa sambil berpaling karena jijik.

Hati perempuan itu bagaikan kaca membentur batu, hancur luluh.
Dia menangis tersedu-sedu dan keluar dari rumah Nabi Musa.
Ia tak tahu harus kemana lagi mengadu. Bahkan dia tak tahu ke mana harus melangkahkan kaki.

Bila seorang Nabi saja sudah menolaknya, bagaimana manusia lain bakal menerimanya...?

Sepeninggalnya wanita tersebut, Malaikat Jibril turun mendatangi Nabi Musa.

Jibril lalu bertanya,
“Mengapa engkau menolak seorang wanita yang hendak BERTAUBAT

dari dosanya...? Tidakkah engkau tahu dosa yang lebih besar dari itu...?”

Nabi Musa terperanjat.
“Dosa apakah yang lebih besar dari kekejian wanita pezina dan pembunuh itu...?

Betulkah ada dosa yang lebih besar daripada perempuan yang hina itu...?” Tanyanya.

“Ada...!!!” Jawab Jibril dengan tegas.

“Orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja tanpa menyesal. Orang itu dosanya lebih besar daripada SERIBU kali berzina.”


Mendengar penjelasan ini Nabi Musa memanggil wanita tadi,
lalu berdoa memohon ampunan kepada ALLAH.

Nabi Musa menyadari, orang yang meninggalkan shalat dengan sengaja

tanpa penyesalan seakan menganggap remeh perintah ALLAH.
Sedangkan BERTAUBAT dan menyesali Dosa dengan sungguh-sungguh­

berarti masih mempunyai IMAN di dadanya dan Yakin ALLAH itu ada.

Semoga Bermanfaat Untuk Kita semua Aamiin

---------------------------------->