Peranan wanita dalam gerakan dakwah
Wanita seharusanya memainkan peranan dakwah yang lebih berkesan dalam masyarakat. Ini memandangkan kerana:
- potensi mereka sebagai hampir separuh
daripada populasi,
- kedudukan mereka sebagai ibu yang
berterusan mendampingi anak-anaknya,
- penglibatan mereka sebagai isteri yang
mampu mewujudkan sistem sokongan kepada perjuangan suami-isteri,
- peranan mereka sebagai pembawa lambang
Islam melalui pakaian mereka
- potensi keintelektualan mereka yang
mampu membawa risalah Islam di peringkat mental yang tinggi dan membentuk
ummah yang bertaqwa, melaksanakan tugas dan tanggungjawab
- komunikasi efektif antara individu
- berfikir tinggi, kreatif, kritikal dan
analitikal
- menyelesaikan masalah dan konflik secara
bijaksana.
Maka, setiap wanita seharusnya melibatkan diri dalam organisasi dakwah se-awal yang mungkin supaya pengalaman berorganisasi dalam dapat mendedahkan kepada pelbagai kemahiran kepimpinan Islam tidak menghalang wanita daripada berinteraksi dengan kaum lelaki dengan syarat:
- maruah dan dirinya dijaga iaitu mereka
tidak bersendirian di tempat yang gelap dan sunyi yang boleh mendatangkan
fitnah atau menggugat keselamatannya
- percakapannya tidak lemah-lembut
sehingga boleh menimbulkan nafsu, pakaiannya menutup aurat dan tidak
mengghairahkan
- mereka berinteraksi dengan mempunyai
tujuan yang khusus dan baik dan bukannya hanya untuk bersuka-ria.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan