ADAB BAGAIMANA BERHADAPAN DENGAN SUAMI
Kehadiran
suami di rumah merupakan satu rahmat kepada setiap isteri. Hanya isteri-isteri
yang menderhakai suami sahaja menganggap kepulangannya suatu yang dibenci
kerana dibebani dengan berbagai kerja dan tanggungjawab. Amat malang sekali
jika ramai lagi isteri-isteri yang masih bersikap sedemikian. Hilanglah
matlamat perkahwinan di mana isteri sebagai penenang dan penyeri rumahtangga.
Di bawah ini dinyatakan cara-cara berhadapan dengan suami.
1. Semasa suami bercakap
hendaklah isteri diam mendengarnya dan jangan suka menyampuk atau memotong
cakapnya.
2. Bila suami marah hendaklah
isteri mendiamkan diri, jangan suka menjawab. Sikap suka menjawab, bertekak dan
menegakkan kebenaran sendiri akan menambahkan lagi kemarahan suami. Jangan
terkejut jika suami angkat kaki meninggalkan rumah berhari-hari atau tidak mahu
bertegur sapa dengan anda sebagai denda di atas kedegilan anda sebagai isteri.
Sebaliknya, kalau suami kembali ke rumah jangan disambung atau diulang-ulangi
cerita lama. Sambutlah suami dengan senyuman kasih sayang dan bersegeralah
meminta maaf. Jangan kita tunggu suami meminta maaf dengan isteri, jatuhlah
martabat keegoannya selaku seorang lelaki.
3. Kadang-kadang si suami
sengaja suka mengusik isterinya. Bila dia menyakiti hati isteri hendaklah
banyak bersabar, jangan cepat merajuk. Merajuk adalah sifat orang yang tidak
matang dan seperti perangai keanak-anakan. Cuba kita perhatikan perangai
kanak-kanak, mereka akan cepat menjerit bila ada sesuatu yang tidak kena tambahan
pula kalau yang menegurnya itu ibunya sendiri. Sengaja dihentak-hentakkan kaki
meraung sekuat hati meminta simpati dari ibunya.
4. Bila kuku, misai dan
janggutnya panjang hendaklah segera dipotongkan (jika panjang janggutnya lebih
dari segenggam). Pilihlah hari-hari yang terbaik iaitu hari isnin, Khamis dan
Jumaat.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
5. Jika dia berhajat sesuatu hendaklah isteri cepat bertindak. Bangun segera bila disuruh. Jangan melengah-lengahkan kemahuannya supaya tidak mencetuskan kemarahan atau rasa tersinggung di hatinya. Jangan isteri buat acuh tak acuh, hatinya akan kecewa dan menandakan isteri sudah tidak taat padanya.
6. Hendaklah memasak mengikut
kesukaan suami bukannya ikut selera isteri. Kalau suami suka makan gulai kari
atau masak lemak cili api, janganlah kita masak lauk asam pedas atau ikan
goreng. Suami akan gembira bila seleranya ditepati. Janganlah pula ikan yang
menjadi mangsa, diketuk lengkang-lengkung hingga hancur kerana meradangkan
sikap suami yang mahu lauk tersebut dimasak mengikut seleranya sedangkan isteri
tidak menggemarinya.
7. Apabila pakaian suami koyak
atau tercabut butangnya hendaklah segera dijahit. Jahitlah dengan secantik yang
boleh supaya pakaian itu kelihatan kemas dan cantik. Jangan dibuat sambil lewa
kerana jahitan tersebut akan melambangkan peribadi isteri samada ikhlas atau
terpaksa. Semua suami akan berasa bangga jika pakaiannya dijahit sendiri oleh
jari-jemari halus isterinya, sekurang-kurangnya dapat menampung ekonomi
rumahtangga.
8. Sentiasa sediakan
barang-barang keperluan di dalam poket baju dan seluar suami iaitu sikat,
celak, cermin kecil, minyak wangi dan kayu sugi. Tidak menjadi kesalahan
seandainya si suami menolak segala persediaan tersebut tetapi
sekurang-kurangnya sediakanlah minyak wangi dan kayu sugi.
9. Bila bertembung kehendak
suami dan anak-anak, dahulukanlah kehendak suami, begitu juga dengan kehendak
ibu ayah. Sekiranya suami ingin dilayan hendaklah ditaati meskipun isteri
berada di dalam keadaan letih. Melayani suami merupakan satu pahala besar ke
atas setiap isteri kecualilah jika suami kita meredhainya.
10. Apabila menggunakan harta
suami ataupun duit yang hendak kita hadiahkan kepada ibu bapa maka mintalah
izin darinya terlebih dahulu. Jangan beri dahulu kemudian baharu diberitahu
kepadanya. Siapa tahu mungkin wang itu amat diperlukan sedangkan isteri
sewenang-wenangnya telah menghadiahkan kepada orang lain, suami dapat pahala
sedangkan isteri tidak dapat apa-apa. Sebenarnya meminta izin itu ialah sebelum
melakukan sesuatu tindakan bukannya setelah perkara itu berlaku diberitahu. Ini
silap sebenarnya tapi kes-kes seperti inilah yang sering berlaku di kalangan
para isteri.
11. Sentiasa berada di dalam
keadaan bersih dan kemas ketika suami berada di rumah. Isteri hendaklah berada
di dalam keadaan berwangi-wangian supaya hatinya senang untuk bersenda gurau
dengan isterinya. Ketahuilah bahawa bersenda gurau antara suami isteri juga
merupakan salah satu ibadah yang diredhai oleh Allah swt.
12. Air minum suami hendaklah
sentiasa disiapkan jangan sampai dia minta biarpun sekadar air masak sejuk.
Sebaik-baiknya sediakanlah minuman panas seperti kopi, teh atau susu. Air panas
elok disimpan di dalam termos supaya memudah dan menjimatkan masa kita. Kalau
boleh sediakan kuih-kuih ringan seperti karipap, cucur, bubur, apam ataupun
biskut kering. Hal ini juga dapat mengelak anak-anak dari membeli makanan
ringan di kedai yang tidak mengandungi zat di samping tidak terjamin
kebersihannya.
Akhir
kata hendaklah isteri sentiasa menghormati dan memuliakan keluarga suami.
Bersikap ramah-tamahlah dengan keluarganya dan bersabarlah di atas segala
tindakan mereka jika ada yang bertentangan dengan syariat. Di sinilah peranan
isteri untuk berdakwah kepada mereka tetapi biarlah berhikmah dan kena caranya
agar setiap tindak-tanduk kita dikasihi dan dihargai oleh mereka seterusnya
menjadi menantu atau ipar yang dicontohi akhlak, peribadi dan ibadahnya."
Tiada ulasan:
Catat Ulasan