Cari Blog Ini

Selasa, 19 Mac 2013

TABARRUJ ? SEJAUH MANA KEFAHAMAN KITA

Bismillahirrahmanirrahim 

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Apa khabar sahabat2 ana semua. Ana harap semua berada dalam keadaan sihat walafiat dan semoga kalian sentiasa berada dalam lindungan ALLAH... 

Untuk entry kali ini , ana nak berkongsi dengan semua tentang satu istilah yang biasanya berlaku pada wanita @ muslimat iaitu "TABARRUJ" ........... Ilmu yang ana nak kongsikan ini bukan sahaja untuk wanita malah untuk lelaki jua supaya lelaki dapat mengingatkan kepada isteri, adik beradik dan ahli keluarga. 

Apa itu "Tabarruj" ? 

Imam Ibnu Mandzur, dalam Lisaan al-’Arab menyatakan;
“Wa al-tabarruj: idzhaar al-mar`ah ziinatahaa wa mahaasinahaa li al-rijaal (tabarruj adalah menampakkan perhiasan dan anggota tubuh untuk menarik perhatian laki-laki bukan mahram.”
Di dalam kitab Zaad al-Masiir dinyatakan;
Tabarruj, menurut Abu ‘Ubaidah, adalah seorang wanita menampakkan kecantikannya.Sedangkan menurut al-Zujaj; tabarruj adalah menampakkan perhiasaan, dan semua hal yang boleh merangsang syahwat lelaki.

Tidak dinafikan wanita tidak dapat dipisahkan dengan bersolek, berhias dan rapi diri supaya kelihatan lebih anggun dan menawan. Tetapi persoalannya untuk apa dan didepan siapa mereka bersolek @ berhias. ? Di zaman moden ini.....tidak dapat dinafikan tidak semua wanita memahami istilah "tabarruj"..Oleh yang demikian, jika kita lihat di mana2 pun samada di pusat membeli belah..di majalah... dan sebagainya... terlalu ramai wanita yang bersoleh terlalu berlebihan di khalayak umum sehingga dilihat lelaki2 yang bukan mahramnya yang menikmati keindahan dan kecantikan mereka. Nauzubillhi Min Zalikh... 

Allah berfirman:
Dan hendaklah kamu tetap berada di rumahmu, dan janganlah kalian berhias dan bertingkah laku seperti model berhias dan bertingkah lakunya orang-orang jahiliyah dahulu (tabarruj model jahiliyah).” (Qs. Al-Ahzab: 33)

Disini ana ingin berkongsi apakah perbuatan yang menyebabkan kita boleh dikategorikan sebagai "tabarruj" 




1. Mengenakan pakaian tipis dan ketat. 

 -Pakaian yang tipis sehingga menampakkan kulit badan seperti baju yang menggunakan kain net, baju yang perlu dipakai bersama lining, dan apa2 baju yang jarang. 
- Pakaian yang ketat  sehingga menampakkan susuk badan... biasanya ia hanya dikaitkan dengan t-shirt atau singlet tetapi perlu diingat baju kurung dan jubah yang ketat dan mengikut susuk badan juga dikategorikan disini... Memang ramai yang suka memakai jubah tetapi berapa ramai yang memakai jubah mengikut syariat islam? Tepuk dada tanya iman.

Ada dua golongan manusia yang menjadi penghuni neraka, yang sebelumnya aku tidak pernah melihatnya; yakni, sekelompok orang yang memiliki cambuk seperti seekor sapi yang digunakan untuk menyakiti umat manusia; dan wanita yang membuka auratnya dan berpakaian tipis merangsang berlenggak-lenggok dan berlagak.  Mereka tidak akan dapat masuk surga dan mencium baunya.  Padahal, bau surga dapat tercium dari jarak sekian-sekian.” [HR. Imam Muslim]

2. Memakai wangian dihadapan lelaki yang bukan mahram

Nabi saw bersabda,
Siapapun wanita yang memakai wangian kemudian melewati suatu kaum agar mereka mencium baunya, bererti ia telah berzina.”[HR. Imam al-Nasaaiy]
 3. Berhias untuk lelaki yang bukan mahramnya. 

Seorang wanita diharamkan berhias untuk selain suaminya.  Ini kerana, tindakan seperti ini termasuk dalam kategori tabarruj.   Dalam sebuah hadits diriwayatkan, bahawa Nabi saw bersabda;
Seorang wanita dilarang berhias untuk selain suaminya.” [HR. Imam Ahmad, Abu Dawud, dan al-Nasaaiy]
 4. Berdandan Berlebihan

- Berdandan berlebihan ini bermaksud memakai solekan yang tebal dengan eye shadow, blusher, lipstic, celak dan pelbagai lagi dihadapan lelaki bukan muhrim sedangkan didepan mahram xde pun sampai mcm tu... 

- Imam Bukhari menyatakan, bahwa tabarruj adalah tindakan seorang wanita yang menampakkan kecantikannya kepada orang lain.”
Larangan tersebut juga telah disebutkan dalam al-Quran. Allah swt berfirman;

Janganlah mereka menghentakkan kakinya agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan.”[Al-Nuur:31]
5. Membuka Sebahagian Aurat

- Bermaksud wanita yang tak melabuhkan tudungnya sehingga ke bawah dada. Sebagai contoh tudung sarung sekarang yang kadangkala ana lihat di paras atas dada. Kemudian ada fesyen yang mekai turban tanpa menutup leher dan dada nya.  Dan kadangkala ada yang memakai tudung tetapi sebahagian telinganya tidak ditutup untuk dipasang anting2 yang berjurai2...

- Selain itu terdapat sebahagian wanita yang menyanggul rambutnya sehingga ke atas kemudian memakai tudung dan dipinkan tudungnya di bahagian belakang leher dan kemudian dinampakkan rambut yang disanggulnya seperti bonggol2 unta. 

 6. Menghilangkan Tahi Lalat dan Meratakan Gigi

 Wanita dan lelaki juga dilarang menghilangkan tahi lalat dan meratakan giginya agar kelihatan lebih cantik.   Dari Ibnu Umar ra diriwayatkan, bahwasanya Rasulullah saw mengutuk orang yang menyambung rambut dan orang yang disambung rambutnya, serta orang yang membuat tahi lalat dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat.” [HR. Bukhari dan Muslim]


Dalam riwayat lain dituturkan, bahwa Ibnu Mas’ud ra berkata;
Allah melaknat orang yang membuat tahi lalat, dan orang yang minta dibuatkan tahi lalat, orang yang menukur keningnya, dan orang yang memangur giginya (meratakan gigi dengan alat) dengan maksud untuk memperindah dengan mengubah ciptaan Allah”.  Kemudian Ummu Ya’qub menegurnya,”Apa ini?”  Ibnu Mas’ud ra berkata, “Mengapa saya tidak mengutuk orang yang dikutuk oleh Rasulullah saw; sedangkan di dalam kitab Allah, Allah swt berfirman, “Apapun yang disampaikan oleh Rasul kepadamu, laksanakanlah dan apa pun yang dilarangnya maka jauhilah”.[HR. Bukhari dan Muslim]

Sebenarnya terlalu banyak perbuatan yang boleh dikategorikan sebagai tabarruj tetapi ana tidak merungkainya disini. In Shaa ALLAH...jika ada kesempatan ana masukkan dalam blog ini.. 

Secara kesimpulan, bahaya tabarruj amatlah banyak dan sayangnya masih ramai wanita yang tidak memahami bahaya ini dan tidak menyedari tentang batas2 berhias didalam islam.  Sedangkan kecantikan wanita itu hanya untuk suaminya dan mahramnya sahaja. 

Ana menyeru pada sesiapa yang membaca enty ini samasa lelaki atau wanita dan sudah memperoleh ilmu dan manfaatnya dipersilakan share ilmu ini untuk wanita2 kesayangan anda...bukan sahaja isteri malah ibu anda...adik beradik dan sahabat2 anda.... Sudah tiba masanya kita sama2 memberi pendedahan kepada semua umat islam supaya tidak menjadi hamba fesyen semata2...  Luaskan pintu untuk masuk ke syurga bukan luaskan pntu untuk ke neraka...

Sama2 lah kita baca, fahami dan amalkan serta tekad dalam hati untuk berubah. In Shaa ALLAH kita mampu...Semuanya dengan izin ALLAH.. 

Sekian sahaja dari ana. Wassalam

~~~ Beramal kerana ALLAH ~~~

"Asmiirs Hasmah" 





Tiada ulasan:

Catat Ulasan