Cari Blog Ini

Rabu, 5 Disember 2012




DI MANA  ISTIMEWANYA WANITA

·         Kecantikan seorang wanita ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) malunya, sementara kegagahan seorang lelaki ialah terletak sejauh mana ia dapat menahan (menjaga) marahnya.
·         Orang yang membujang adalah orang yang belum menemukan penghibur duka dan dia baru memperolehinya dengan berkahwin.
·         Suami adalah orang yang mencari kebahagiaan hidup dengan menghilangkan sebahagian kemerdekaannya.
·         Wanita menghadapi banyak permasalahan; sebahagian di atasi dengan berkahwin dan sebahagian yang lain di atasi setelah dia masuk ke liang kubur.
·         Mata yang paling indah tetapi juga harus diwaspadai adalah mata kaum wanita.
·         Jangan menyalahkan perasaan isteri anda kerana perasaannya yang terbaik ialah ketika ia menerima anda sebagai suami.
·         Perawan tua ialah wanita yang kehilangan kesempatan menyusahkan seorang lelaki.
·         Yang diinginkan seorang gadis dari dunia ini hanyalah seorang suami, dan apabila ia sudah memperolehinya, ia menginginkan segala-galanya.
·         Wanita boleh memaafkan suatu pengkhianatan suaminya, tetapi dia tidak boleh melupakannya.
·         Kecantikan wanita tidak bererti apa-apa dibandingkan dengan kemuliaan akhlak dan perilakunya.
·         Sebelum kahwin, wanita hafal seluruh jawapan dan sesudah kahwin, ia hafal seluruh pertanyaan.
·         Barangsiapa mengahwini wanita kerana hartanya, maka dia telah menjual kemerdekaannya.
·         Wanita adalah bintang dan pelita bagi lelaki. Tanpa pelita, lelaki bermalam dalam kegelapan.
·         Wanita lebih cepat daripada lelaki dalam menangis dan dalam mengingatkan peristiwa yang menyebabkan dia menangis.
·         Wanita tertawa bila ia mampu dan menangis apabila ia menginginkan sesuatu.
·         Pudarlah kebahagiaan seorang wanita jika ia tidak mampu menjadikan suaminya teman yang termulia.
·         Wanita sangat berlebihan dalam mencintai dan membenci, dan tidak mengenal pertengahannya.
·         Wanita selalu tergolong manusia halus dan lembut sampai saat dia berkahwin.
·         Tidak mungkin seorang lelaki hidup bahagia tanpa didampingi oleh isteri yang mulia.
·         Wanita hidup untuk berbahagia dengan cinta, sementara lelaki mencintai untuk hidup berbahagia.
·         Kebijaksanaan wanita terletak di dalam hatinya.
·         Seorang wanita yang bijaksana menambahkan gula pada kalimatnya setiap kali berbicara denga suaminya, dan mengurangi garam pada ucapan suaminya.
·         Cincin perkahwinan adalah cincin termahal di dunia, sebab mengharuskan pemberinya mengingatkan harganya setiap bulan tanpa henti.
·         Sesungguhnya tidak ada wanita yang sangat cantik, yang ada ialah kaum lelaki yang sangat lemah bila berhadapan dengan kecantikan.
·         Bagi lelaki, yang terakhir kali mati ialah jantungnya dan bagi wanita adalah lidahnya.
·         Wanita tidak diciptakan untuk dikagumi semua lelaki tetapi sebagai sumber kebahagiaan seorang suami.
·         Pada waktu bertunang, lelaki banyak berbicara dan perempuan mendengarkan. Pada saat perkhawinan, perempuan berbicara dan pengantin lelaki mendengarkan. Sesudah perkawinan, suami dan isteri banyak berbicara dan para jiran tetangga mendengarkan.
·         Setiap wanita mempunyai dua mata. Adapun wanita yang cemburu berlebihan mempunyai tiga mata. Satu di sebelah kanan, satu di sebelah kiri dan yang ketiga diarahkan kepada suami.
·         Wanita pada umumnya takut akan tiga hal : tikus, munculnya uban dan wanita-wanita cantik yang menjadi saingannya.
·         Isteri yang bersikap jujur dan setia kepada suami meringankan setengah beban kehidupan suaminya.
·         Seorang wanita menghadapi kesulitan apabila ia berada di antara lelaki yang dicintainya dan yang mencintainya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan