Cari Blog Ini

Selasa, 2 Oktober 2012


BAB 16 ZAKAT FITRAH

Zakat Fitrah
Zakat ini di fardhukan pada tahun ke 2 hijrah iaitu tahun di fardhukan puasa. Di fardhukan ke atas setiap individu muslim lelaki atau perempuan yang berkemampuan dengan syarat-syarat yang telah ditetapkan.

firman Allah swt



Zakat fitrah atau nama lainnya “zakat an-nafs” iaitu zakat badan maksudnya zakat untuk menyucikan jiwa dengan mengeluarkan makanan asasi daripada jenis yang mengenyangkan dengan kadar satu gantang Baghdad bersamaan 2.70kg beras atau senilai dengannya diberi kepada golongan tertentu dengan syarat-syarat tertentu.
Syarat Wajib Zakat Fitrah
 a) Mempunyai lebihan makanan atau hartanya untuk diri & keluarga pada malam dan siang hariraya.
b) Hidup pada akhir Ramadhan & awal Syawal
c) Anak yang lahir sebelum matahari terbenam pada akhir bulan Ramadhan dan hidup hingga selepasnya.
d) Memeluk Islam sebelum terbenam matahari pada akhir bulan Ramadhan
e) Seseorang yang meninggal selepas terbenam matahari akhir Ramadhan.
Waktu Mengeluarkan Zakat Fitrah
Waktu Afdhal/Sunat      :  Sebelum Sembahyang Sunat Hari Raya
Waktu Wajib                 :  Selepas terbenam matahari malam Aidilfitri sehingga terbit matahari esoknya               
Waktu Harus                 :  Sejak Awal Ramadhan
Waktu Makruh : Selepas Sembahyang Sunat Hari raya sehingga terbenam  matahari 1 Syawal
Waktu Haram            :  Selepas terbenam matahari 1 Syawal
Orang Yang Berhak Menerima Zakat Fitrah
Firman Allah Ta’ala :


Ada Lapan Asnaf 
1)  Orang Fakir  :
           
         Ialah orang yang tidak ada harta benda untuk keperluan hidupnya sehari-hari, tidak sanggup bekerja, tak mampu berusaha dan malu untuk meminta-minta.

2)  Orang Miskin :
Ialah orang yang boleh bekerja dan berusaha tetapi tidak mencukupi keperluan hidupnya sehari-hari.

3)  ‘Amil (pemungut zakat) :
Orang yang dilantik atau diberi kuasa oleh Majlis Agama Islam Negeri untuk memungut zakat.

4)  Muallaf  :
            Orang yang baru memeluk Agama Islam.
5)  Hamba  :
            Terbahagi kepada tiga :
            1)  Hamba Qin (hamba semata)
            2) Hamba Mudabbar (hamba yang kemerdekaannya bergantung kepada mati tuannya).
            3)  Hamba Mukattab (kemerdekaan dirinya bergantung kepada syarat-syarat yang diberikan oleh tuannya).
                 Sebagaimana keterangan Imam Syafie, hamba mukattablah yang layak menerima zakat.
 
6)  Orang Yang Berhutang Banyak :
Iaitu tanggungan hutang untuk kemaslahatan diri dan keluarganya ataupun kemaslahatan umat Islam bila hutangnya itu telah melebihi dari harta kekayaannya.    
     
7)  Sabilillah :
Orang yang berjuang di jalan Allah
            
8)  Ibnu Sabil
Orang yang dalam perjalanan jauh untuk menyempurnakan tuntutan Agama Islam kemudian kehabisan belanja atau biayanya.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan